Wanita mengandung di dalam LRT

Assalamu'alaikum

Pagi tadi aku terserempak dengan Huda..sahabat sefikrah yang kukenali semasa di kampus dahulu. Terserempak semasa sama-sama sedang mengadap rel LRT menanti tren tiba. Dia dah sarat mengandung hampir 7 bulan. Dah nmpk jelas besar perutnya. Saje aku tanya²..slalu dapat tempat duduk x dlm tren? Terkejut bila dia jawab tak..lalu aku bertanya:

Me: Kenapa??
Huda : Biasala..org buat² tido..
Me: Betul ke? Ye ke ni..isk..
Huda : Ye..aku pun dah malas nak kata apa..

Aku pelik sbenarnya..dah setahun lebih aku naik tren ni..biasanya org akan bagi tempat duduk kat wanita pregnant kalo diorg perasan. Tapi ada gak 2-3 kes yang diorg wat-wat x nmpk, tp aku tgk anak mata diorg cm resah je. Ada skali tu aku nmpk sorang budak ni tunduk manjang pas dia prasan yg berdiri dgn dia wanita pregnant. Aduh..kesian mereka.

Aku pernah pregnant..of course la kan..klo x camne nak dpt 'Umair kan..hehe. Dapat kurasakan betapa penatnya mereka berdiri dalam tren yang mcm dok ada dalam tin sardin tuh..fuh..Aku yang x pegnen ni pun rasa letih sgt. Klo dtg kurang sihat badan..leh ketaq kaki tangan kena berdiri dalam tren tuh..nk muntah pun ado..maklomla..aku kn sokmo mabuk perjalanan..eceh..

Sepanjang stahun lebih menaiki tren, ada skali je..baru-baru ni aku tgk seorg perempuan di pintu tren menyebut kuat² "excuse me..excuse me.." bilamana dia menyedari ada org pegnen berdiri dihadapan org yg duduk..tp tdk diberi tempat duduk..xpasti la org laki tu tido betul or purak²..tp pompuan kt sebelah dia yg bgn bg tempat duduk. Aku x salahkn pompuan tu sbb dia bz bc paper..mmg nyata yg dia x pasan. Tp aku blm pernah lagi jd cm pompuan kt tepi pintu tren tuh..slalu gk ada wanita-wanita pegnen berdiri hampir² dgn aku yang berdiri gak time tuh..tp xde plk aku berusaha tlg mntk org yg duduk tu bgn..segan seh..tp sbenarnya org yg duduk tu yg x reti² ke nk bangun kan..huhu..

Aku ni sbenarnya kalo dpt duduk berharap xde la aku nmpk org pegnen berdiri masa aku duduk tuh.. :p. Sbb kudrat aku ni x seberapa nk berdiri, cuma terpaksa digagahkan jugak. Tp of course la klo terlihat, x sanggup pulak aku nak biarkan mereka berdiri kan. Kejam sungguh..Tp it's ok..boleh je berdiri..cuma rasa sgt lenguh kt bhagian kaki n tgn klo tgh bersesak-sesak tu..nk stabilkn badan kn..memang letih sgt.

Oleh itu kepada para penumpang setia LRT..x kisah la Putra atau Star..ups..Komuter pun, bertimbangrasa la ye. Utamakan tempat duduk yang memang dikhaskan untuk orang tua, wanita mengandung, OKU dan org yang mendukung anak kecik kepada mereka. Hak diorang tuh tau..berdosa klo ko x kasik..uh..uh..

Okeshlah..nk p solat pastu babai nk balik. :)

wassalam.


Bubur Lambuk

Assalamu'alaikum

Semalam 1st time dpt makan bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru yg sgt fofular tuh..tp belila, RM2.50. Nak beratur untuk dapatkan yang free ntah bila kan.. 1st time aku dpt lihat dan rasa mcmmn rupanya bubur lambuk adalah semasa di UUM. x pasti masa tu masih pelajar Matrikulasi atau dah 1st degree. Nyum..nyum..memang simple tetapi lazat rasanya bubur lambuk Pusat Islam UUM tuh. Yang semalam pun sedap gak..xtau la nak kata mana yang lebih sedap..rasa mcm lebih kurang je rasanya. x kisah la..janji sodap..hehe..

Hari-hari pun xdak kerja. Selain proses file yang hanya memakan masa x sampai 5 minit pun..aku goyang kaki je. Keje banyak tp sumer org lain yg bz x nyempat kena buat. Aku x mintak la keje yg sgt membzkan smpai kena stayback kn..at least kasikla keje SIKIT..hehe. Jadi data entry for a while pun i x kisah..ekeke..Apa status aku skang je? Adakah aku dpt gajik butak? Gaji baru je dpt semalam..sempena nak raya gaji dpt awal la 2 hari. Dapat plk gaji sebulan stengah di atas kesempitan hidup sebelum ini kerana x dpt gaji..hehe. Sib baik stengah bulan je..klo sebulan terpaksa menge'pau' uang suamiku..uhu..

Okeh lah.. semoga bertemu dgn Lailatur Qadar..jgn temu je..hehe


Tolong Orang

Assalamu'alaikum

Aku nak bercerita skit tentang pengalaman balik kerja semalam. Ketika aku sedang menuju ke eskalator stesen LRT Pasar Seni..dari kejauhan aku nmpak sekumpulan peniaga (yg dikenalpasti xde lesen peniagaan sah) kt kaki lima sekitar eskalator. Aku rasa ni kes penguatkuasa DBKL datang serbu la kot. Situasi yang sama selalu dapat dilihat ketika aku transit LRT Putra ke LRT Star di Masjid Jamek. Tapi situasi semalam ada tambahannya. Di kaki tangga ku lihat seorang abg (xpasti org Malaysia atau Indonesia kerana serumpun kn..heh) berdarah sedikit di tangan tapi mulutnya dipenuhi darah..aduh..aduh.. tetiba gear berjalanku terus bertukar ke gear satu.. berniat nak p menolong abg tersebut, dengan bertanya dan memberi tisu tetapi terbantut atas sebab-sebab yang akan dinyatakan dibawah nanti. Kasihan abg tersebut. Tiada sesiapa kulihat membantunya..mungkin mereka tahu apa yang berlaku.. Tapi serkap jarangku..abg itu terjatuh mungkin ketika berlari menyorong gerai berodanya.. atau.. adakah beliau bertumbuk? ntah la.. tp nak kata jatuh pulak..mcm teruk sgt pendarahannya.. hanya Allah yang tahu..juge mereka² yang terlihat apa yang berlaku.

Kenapa aku x tolong? ..sebab dalam pada wujud rasa simpati pun masih su'uzon (bersangka tidak baik). Apa dipikiran:

  • Abg tu lelaki..dh abg mestila lelaki..ceh.. Aku cm takot+waspada.
  • Nanti abg tu ngamok sbb aku sibok².
  • dll.. (lupa..)
Ekceli aku rasa banyak kes² org² yang berniat ingin membantu tetapi x dapat menghilangkan perasaan su'uzon ituh. Manakan tidak, melihat kepada situasi zaman sekarang.. terlalu ramai org yang tidak boleh dipercayai..buat baik tidak semestinya di balas baik selagi mana manusia namanya. Cuba lihat laporan berita di akhbar² tempatan dan televisyen.. terlalu banyak kes-kes pukau, santau, penipuan, samun berkereta.. macam² boleh berlaku walau asal niat kita adalah baik. Nak tolong pemandu yang keretanya rosak, disamun..nak mendengar penjual mempromosi barang, dipukau dan lain-lain. Jadi nak salahkan sesiapa.. bukan niat x mau membantu..tp takut keselamatan diri pulak terkorban.

Dalam kes menolong orang ni..mcm² jenis pertolongan. Satu contoh.. kat hentian stesen taman Melati tuh..selalu terlihat orang buta turun naik tren. Kadang² dalam ramai-ramai agaknya xde siapa terpandang kelibat mereka lalu mereka dibiarkan berjalan sendiri. Maka terlanggar tiang lah mereka. Aku pulak sering melihat mereka dari jauh semata-mata..mengharapkan agar ada yg membantu.. boleh takkkkk...isk..isk.. alasannya sbb mereka LELAKI..huhu..biar lah org lelaki yang tolong pimpin. Kecuali xde orang..insyaAllah aku akan membantu. Harap mereka memahami..

Sebagai seorang muslimah yang berusaha menjaga mana yang boleh.. kadang-kadang perkara sebegini asik berlegar-legar dipikiran. Dan aku telah pun membuat kesimpulan bahawasanya aku memang wajib membantu sekiranya tiada insan lain yang membantu dengan syarat aku wajib menjaga mana yang perlu. At least aku akan panggil seorang lelaki sekiranya ada di sekitar dan memintanya memimpin OKU tersebut. Tapi biasanya kalo untuk melintas jalan.. aku pimpin je diorg. Ini hanya terhad kepada org buta. Kes lain masih banyak pertimbangan lain perlu difikirkan.

Banyak nak cerita psl tolong orang ni..tp panjang pulak nak menaip. Lagi pulak ada kerja menanti. Tapi diakui memang di zaman serba moden ini, perikemanusian itu semakin kurang. Ramai yang mementingkan diri sendiri atau mungkin juga niat membantu itu ada, tapi perasaan waspada yang wujud membantutkan segala niat. Kita hanya akan membantu orang² yang dikenali sahaja atas sebab-sebab keselamatan wlopun tetap ada yang tdk boleh dipercayai..hehe.

Sekian entry hari ni.

Wassalam.

Kerja hari ini

Assalamu'alaikum

Hari ini cuma proses data pos saje..pastu xdak keje..naik lenguh satu badan.. Oleh itu, tanpa membuang masa, aku pun telah berjaya mengecat baru blog ku ini. Nak raya kan..lip lap skit lah dinding nih..hehe..

Nampaknya blogspot dah memberi banyak kemudahan kepada bloggernyer untuk edit template.. keje semakin mudah.. x macam sebelum ni berpinar mata edit HTML code. Skang ni nak ubah kaler blh g kt 'Font n Colour' je.. Cuma nk letak image background tu aku ubah kt HTML code la.. ke ada cara senang gak sebenonya? sbb k.ipar aku pun senang² n bes² dia je tukar background image dgn color²..sapa tau sila beritahu.. terima kasih.

wassalam.

Kurma dan sabar

Assalamu'alaikum

Harini kat opis my hubby ada majlis berbuka puasa..tp my hubby xmo bawak 'Umair dan ummu 'Umair.. huhu.. nape? g tanya my hubby yang budiman tuh..uhuk..hehe..

Harini pun x sudah² proses data..banyak bebeno data pos ni ye..lenguh leher ni..tp xpa la daripada xdak keje langsung kan..gaji buta satu hal..bosan satu hal..hmm..

Harini bes le dapat sekotak kurma free. Tulis kat kotak kurma Iran..ye le kot. Opismet kata tahun lepas dapat air zam-zam skali..tahun ni nampak gayenyer xdiberi pulak ye..xpala.. bukan rezki dapat air zam-zam free..

korang dapat bersabar x di bulan puasa??xtau la aku ni bulan posa pun angin satu badan. Sian 'Umair semalam kena marah..tah hape² la ummi dia nih..ces.. Pagi td pulak moto abu 'Umair pancit..ummi tertarik muka masam padahal bukan salah abi kan 'Umair..huhu..apala ummi ni..

Dahla..pasni ummi ubah apa yang ptt diubah ye..insyaAllah..

Esok cuti..yea..yea..kita jalan² ye 'Umair..dgn abi skali..klo x, sapa nak drive kita g shopping kan..hehe

eh..'Umair baca ke blog aku nih??

dh..sekian, wassalam.

Sessi memproses

Salam Mesra..

ewah..hehe
Berpagi-pagi mengadap PC yang hang..hehe..ni sbb process text file semalam le. Saje aku run proses sblm blk smlm..x tutup PC..mai pagi ni..heh..hang. Terpaksa menekan Ctrl+Alt+Del berkali²..heh..

mcm xde keje sangat..sini actually byk keje tp sumer pakat bz sampai diorang lupa kewujudan akukah? tp xpe..i x kisah..asal ada PC sendiri..line Internet..oklah..boleh la aku hidup kt opis ni..hehe. Semalam ahernya berjaya gak aku menyiapkan function delete tuh..x reti aih ASP nih..tgk coding² orang n harapkn pakcik Google je..sib baik pakcik tu ramai kawan yang sedia membantu. TQ pakcik Google n rakan-rakan beliau..ihik..alhamdulillah siap 1 keje.

Dengarnya harini cam nk dapat keje baru..xtau la keje pe..wait and see je la..malas nak tanya. Lagi pulak PC aku dibebani dgn tugas memproses file² sedia ada..adeh la..sementara belum start memproses nih..eloklah aku mengupdate blog haku..sakgi klo tgh run proses..huhu..nak nangis rasa..xleh nk wat benda lain..makan memori besau betul..isk..isk.. Semalam sementara menanti proses selesai yang amik masa berjam²..aku pun membaca la novel tajuk 'The Switch'. Cam bes..tp baru baca 1 chapter..lmbat skit la baca novel omputih ni..maklomla..english haku kan dasat..ehehe..

OK dokie la..nak bersiar² kat senarai website bwh tajuk 'Bacaan Bagus' aku tuh pulak..nnt citer² lagi.. ;)

Wassalam.

Masak-masak

Assalamu'alaikum

Dah masuk 2 hari akak senior programmer ni xmai. Ambik EL rasanya sbb xde pulak dia maklumkan kt aku yg dia bercuti. So aku pun ala-ala xde keje je ropenyerr.. Actually ada assigment..kena tambah function delete kat eParcel website nih. Guna ASP tuh..xpandai..x biasa. Nasib baik Internet membantu. Nampak macam jadi je patutnya coding aku tuh..cumanya x boleh nk delete sbb melibatkan table² yang lain jugak. Aku pulak x tau table mana nk didelete sbb x terlibat dari awal buat website ni. So aku bercadang nk tgk² gituh² je nanti kt database. Tunggu akk ni mai la nk confirmkn data untuk didelete.

Hmm..disebabkan kebosanan yang melampau..tiada lain yg mampu kulakukan selain menyalin resepi..ekeke..sapa² rajin memasak n nk cuba resepi² yang belum pernah dicuba, leh la masuk Blog my sister-in-law nih.. Ngah ni mmg sangat rajin memasak..wanita bekerjaya tuh..kalo la dia suri rumah sepenuh masa..Dah bukak bisnes gamaknya..gamaknya la..xtau la kan..hehe.. Kira x jd surirumah gak la klo dh berbisnes tuh..eheh..

Macam² resepi ada kt Blog tuh n aku rajin menyalin resepi Dessert je..bulan² posa ni rasa rajin nak masak pencuci mulut. Ahad kelmarin 1st aku cuba puding karamel tp x jadi..haha..silap Bahan rupanya..patut susu pekat manis tapi aku boh susu cair..dh boh susu cair, tambah air lagi..jd macam spongebob squarepants pulak rupa puding tuh..berlubang². Tawar pulak tuh.. Sib baik la ada gula hangus sebagai pemanis rasa..kalo x..x tau nk makan cmne. Rasa macam Tau fu fa pun ado. So minggu ni aim nya nk ngabeskn puding tu la.. Suami aku langsung x sentuh. My hubby mmg x minat makanan² yang tdk diklasifikasikan dalam group kuih tradisional nih.. So kena abeskn sorang² la.. 'Umair pun cam x menunjukkn minat..puas dok sua kt mulut dia..xmo rasa pun..heh..sua masa mood makan dia xde kot. Lagipun anakku yang baik tu jenis berdikari.. xmo disuap²..nak makan sendiri..hmm..

Isk..x sabar nak balik masak ni..eheh..masak simple je la rini..ada ikan kembung dlm fridge..wat masak cuka la. Masak gini pun aku kaut resepi kt Internet..ahaha..mmg aku x pndai masak.. sumer nak tgk buku resepi..yang penting aku masak n ada rasa kan..hehe..

OKeslah..selamat memasak n selamat berbuka puasa.. :)

Wassalam.

Salam Ramadhan

Asalamu'alaikum

Selamat menghayati Ramadhan :)

Ramadhan dah datang..rasa seronok tak? :)
Tak tahu kenapa setiap kali bulan Ramadhan, jarang aku miss masak untuk berbuka. Klo lauk berbuka dah habis, boleh lagi tu aku bangun masak koi 4 pagi tuh..magic sendiri rasa..sbb kalaulah bukan di bulan Ramadhan, selalu gak miss masak utk makan malam dgn alasan sgtlah penat.

Hmm..berkat Ramadhan kan..semangat memasak untuk suami tu sentiasa ada. Suami aku mmg la berbuka dengan jayanya..apa yang dimasak sumer habis. Lauk 2 jenis pun belum tentu cukup..selalunya suami aku akan beli lauk tambahan. Aku??..hmm..makan berbuka sekadarnya je. Seronok memasak je tapi makannya xde la seberapa? takut gemuk?? belum lagi kot..hehe.. Pas berbuka dengan kurma, minum air stengah cawan..makan nasi separuh pinggan..mlm dah x makan dah.. Aku pun rasa hairan dgn nafsu makan di bulan Ramadhan kali ni. Aku cuma bersahur suku pinggan nasik, berbuka separuh pinggan nasi. Tu je..dessert pun skali skala..tu pun sekadar buah skit. Apa² pun bersyukur Ramadhan kali ni sbb dpt mengurangkan nafsu makan aku. Selain baik dari segi kesihatan..jimat la duit yg x seberapa ni drp membeli mcm² makanan kudapan kan..alhamdulillah.. Kalo diingat kembali memori berpuasa ketika sarat mengandungkan 'Umair dulu..hehe..sampai geleng kepala mak aku tgk..katanya sumer makanan yang ada aku nk makan..ehek..

Sempena Ramadhan ni, marilah sama² kita melipat gandakan amal ibadah.. Aku pun kena banyak² berdoa agar aku berjaya menjawat jawatan kerjaya impian PTM aku tuh.. Semoga ada rezeki kali ni..interview di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kawan² tgh tunggu nk berbuka puasa tu doa²kan la kejayaan ku ini.. Semoga result interview utk jawatan PTM yang dijadualkn keluar 20 Oktober ni membawa berita gembira utk aku..ameen.. :)

Hehe..oklah..jaga nafsunya ;)

Wassalam.

Sudah

Assalamu'alaikum

Pagi semalam dh interview..alhamdulillah lega dh lepas. Tinggal berdebar menanti keputusan pulak. Harap² positif, ada berita gembira buat aku nanti..ameen..

Soalan semalam logik² je kalo nk dibandingkan dgn soalan² yg pernah aku ditanyai dalam 2x interview yang dolu². Rasanya aku dh jawab sebaik mungkin..cuma ada la 1 soalan IT dan 1 soalan tentang Dr. Raja Nazrin yang aku x cemerlang menjawab. Smoga ada rezeki ku jadi PTM nnt :).

Bulan² puasa ni rasa lemau pulak. Harini dh boleh on time sampai opis tp sbb nasib x baik kena kluar tren kt terminal putra..ditambah punyala lama menunggu melintas jalan..naik lif lagi..terlebih gak 2 minit..merah lagi punch card aku. Bla nk biru ntah..dh le staff baru..buat pangai hari² dtg lmbat..uh..

OKlah..keje mcm dh siap..xde org nk tanya utk keje seterusnya..so aku merilek dulu la..

OKes..wassalam.

Server Room

Assalamu'alaikum

Harini sejuk sangat² la.. actually hari² pun sgt sejuk tp harini lebih terasa sbb mungkin aku x sarungkn sweater semenjak pagi. Tadi meeting (nyebok join) dgn IRIS n HEITECH. Aku x kuarkan suara langsung, cuma wat sound effect je kt dalam tu..batuk² kecil yg baru dihidapi malam tadi. nape tah..nk kata minum ais byk xpun..cuaca yg sokmo hujan n kurang minum air gak kot..uhuk..uhukk..

Tak terpiki pun nk hapdet blog ni rini..tp disebabkan kesejukan mcm berada dlm server room..xdpt haku nk memikir error kt Crystal Report ni.. Korang pnh masuk server room x? sejuk cam nk pensan..dh bape kali haku demam bla blk dr keje..harap² sakgi x demam sbb nk g Convest '08 UIA..last day rini..kot² harga brg merudum jatuh terduduk ke kan..bes le..eheh..

OKlah nk g dok dlm toilet..sbb ada tingkap besar terbukak..kurang la terasa sejuk air-cond ni..huhu.. Ops..lupa nk war² kan..haku dpt interview PTM SPA 3 September ni..kenkawan tolong doakan haku pass interview kali ni..masuk ni dah kali ke3..sedih woo klo xdpt lagi..

OKes..TQ

Wassalam.

Vertigo n Gado-gado

Assalamu'alaikum

Hari Rabu lepas aku MC..sbb pening² mcm persekitaran aku berjalan pantas..Dr klinik Izham nama Dr Syahrin ke Syahril tah bg MC slip. kt MC slip tu aku tertulis "Vertigo". cari dlm Wikipedia dpt le

Vertigo (from the Latin vertere, to turn, and the suffix -igo, a condition, i.e., "a condition of turning about"[1]) is a specific type of dizziness, a major symptom of a balance disorder. It is the sensation of spinning or swaying while the body is stationary with respect to the surroundings.

There are two types of vertigo: subjective and objective. There is a subjective vertigo when a person has a false sensation of movement. In the case of objective vertigo, the surroundings appear to move past a person's field of vision.

The effects of vertigo may be slight. It can cause nausea and vomiting and, in severe cases, it may give rise to difficulties with standing and walking.


Sampai harini pun aku masih merasakan penangan Vertigo..besanya bila bgn mlm nk bancuh susu for my hero 'Umair. Tp haku bancuh jugak la dlm keadaan nk pitam tu..jln pegang² dinding..sakgi dia jerit tgh² malam..makin menjadik la vertigo hakuni..sapo yg susah..kan..kan..

Bercakap tentang gado-gado..hmm...lazat dimakan begitu sahaja..tp kes gado yg haku nk ceritakan kali ni tdk lah enak untuk dialami..dh le aku mengidap vertigokn..pastu pg td,slps perhentian masjid jamek..berlaku pergaduhan dlm tren..pergaduhan besar..tp gaduh mulut je la..2 org yakni seorg perempuan India n sorang lagi lelaki xpasti bangsa apa..tgk muka n warna kulit mcm Cina blh..mix omputih pun ado..tp dengar dia cakap n cara percakapan mcm Melayu tulen gitu.. Kisah bermula haku x pasti tp dipercayai sbb kes² tolak menolak la..alamak besala tu naik public transport kn..nk selesa g naik transport sndiri tu pun blm tentu la selesa klo sndiri yg drive..klo ada drebar nk plk naik limousin blh la tido tgh² jammed truks tu kan.. tp tu la..indian lady ni kabarnya tertolak guy ni..(2-2 pun nmpk dh berumur..) guy ni marah n mula la caci mencaci Sessi berbalas cacian bermula smpai terkeluar perkataan² ngak enak spt black monkey, white monkey, hell, heaven, stupid, dummy n tah hape² lagi..makin vertigo haku dibuatnya..maki-makian berterusan sepanjang stesen masjid jamek ke stesen pasar seni..msa haku nk kuar tu pun haku nmpk that guy still menoleh kt indian lady tu..hmm..cm xde sorang nk beralah..klo nk dikirakan..haku ni pun bape kali la kena siku, kena pijak kaki..kena tolak rs terpenyek² ngalahkn ikan sardin dlm tin..n haku rasa ramai pun dh alami perkara yg sama..tp ye la just ngomel² sendiri je la kn..nk salahkn org blakang or org tepi yg tolak kita tu..diorg pun ntahkn org blakang..blakang..blakang diorg yg tolak diorg kn..besa org² dkt pintu ni la suka tolak sbb diorg nk memuatkn diri masuk dlm tren kn..so td tu la 1st time haku tgk org begado..sblm ni xdiberi kesempatan tgk..xmo dh la tgk pasni..sbb td rs cm nk menyampuk tlg menenangkn..tp memandangkn aku masih menghidapi penyakit Vertigo hari ini n silap² kang haku lk kena tempeleng...so aku menyabokn diri jela..eheh..

Okesla..hari ke 4 haku keje sini tolak mc hari Rabu..sejuk rs hari²..dh 2 hari aku blk rmh dlm keadaan nk demam..xtau le cmne org² kt sini kulit tebal menahan kesejukan..terlampau la suhu air-cond diorg ni..adeila..sejuksss....trrrr....

Pengajaran entry hari ini:
#1: Banyak² kan le besabo..benda kecik leh jd besar kalo gado..n gado hebat mana pun masalah xkan selesai..cuba kalau indian lady td mntk maaf or guy td pun x amik kesah sgt org tertolak dia..plg² tdk mendengus marah je kn..so xde la makin sakit hati n menambah dosa memaki hamun dan dimaki hamun..aiseseh..ecece..

#2: MC disbbkn menghidap Vertigo tdk la bes krn akan membaringkn diri sahaja krn dunia dirasakan tdk stabil..(padahal kapla sndiri yg x stabil..). MC² aku sblm² ni cuma perlukan rehat 2-3 jam je..pastu blh beraksi pantas..dgn itu blh mengisi hari MC dgn keje² yg berpekdah spt mengemas rmh or menggusuk baju..eheh..

Wassalam.

Tempat Baru

Assalamu'alaikum

ngantuks..itulah perasaan yg dialami olehku skang..heh..mungkin dek kebosanan n tiada semangat n tak rasa seronok. 1st day yakni smlm haku d sini..terkontang kanting xtau nk diletakkn ke mana..2nd day hrni, dh ada tempat, tp tmpt org..xtau la stay sini sementara or mcmmn..xkisah la..

tp yg kureng skit kena tgk sistem vb ni..dh berthn tinggal..skang ni tgh fresh vb.net asp.net.. harap² dpt refresh smola pe yg pnh tau satu ketika dulu n cpt dpt blajar apa yg aku x tau mlalui internet ni..nk rujuk buku pun..buku xde..tgg 2 mgg lg nk blk kampung ambil buku vb adik..ehehe..

i feel lonely..sorg² dlm blk ber2 ni..akk senior prog yg dok dlm blk ni bz wat testing kt tgkt lain..prog² yg lain kt blk lain..diorg pun cm bz..smlm dok 1 bilik dgn diorg pun xde sembang sgt..huhu..nape eh x dpt beramah mesra dgn diorg..ni yg haku rs x bes..cmne nk keje klo hati x sonok kn..cm xde kwn..kera sumbang..huwaa..!!!~~

semoga hari² seterusnya lebih bermakna nnt..amin..

psstt..: bila SPA nk buka jwtn PTM F41 ni..sabo menunggu..uhuhu..

wassalam.

My Last Working Day

Assalamu'alaikum

Today is my last working day. Aku dh hntar emel kt all the staff sini mengumumkn last day keje hari ni..thanks to all n wish diorg good luck la kn. Bersopan santun meninggalkn company gituh..hehe..Pastuu ramai gk response emel tu wlo xde la haku rapat rapit ngan manager² n officer sini..eheh..

punya la xde keje harini..nganga je..sampai terlentok² dibuatnya dek kebosanan. Nak landing paler ni atas meja mmg xleh la..melanggar etika sbg seorg pekerja kot..eheh..terpaksa la bersengkakng mata..at last tertido gak aku sambil menopang dagu..adeh..adeh..rasa nk demam pun ado ni..

esok lusa cuti..Abah ada bgtau nk dtg rmh..nk ajak anak dia g bwk g serdang tgk MAHA..my father in law tu mmg penternak kambing n lembu berjaya..nk menambah koleksi lembu kot..eheh..klo mak abah jd mai..kena gotong royong la mlm ni or seawal pagi esok mengemaskini rmh yg dh x serupa rmh tu..ahaks!

okeslah..isnin ni aku bakal memulakan tugas baru di tempat baru..harap2 kebizian di tempat br tdk la smpai aku merindukan kelapangan masa di sini yg aku pernah kecapi..cheewahh.. :p

Tukar opis

assalamu'alaikum

uhuk.uhuk..lama bangat x hapdet blog nih..lebih stengah tahun..tebal betul sawangnya..ish..ish..ish..


spanjang bercuti menules(=menaip) dalam blog ni,kehidupan berlalu mcm biasa je..haku pun bkn glamorous sgt un..haha..cam xde kisah menarik n klo ada pun..ada yg nk tau ke?ekeketp x kisah la..klo rajin haku tules saja..ada xde org yg nk membaca xkesah le..lgpun haku kn 'org' gak..haku la yg baca..ecece..

ekceli dh hampir 5 bulan haku keje kt 1 opis kt Plaza Sentral ni..overall OK je keje sini..opismet baik² blaka..big boss, small boss pun OK n xde la kenampakn 'bossy' sgt..ehehe..tp I have to make this move to advance my career ma..ecece..tu ayat dlm my resign letter..ekceli gaji sini agak kecik..company besar..tp ada sekumpulan staff(xtau faktor apa yg diorg tgk) yg gaji kecik wlo postion title nya samo.ini telah menimbulkn ketidakpuasan hati..jalan terbaik..biarla haku kluar kn..uhuhu..mulai isnin dpn, haku akan bertukar tempat keje la..aku bertukar opis..tukar majikan..xleh letak tajuk tukar keje..sbb post samo je..heh..gaji +- je..at least cuti byk skit..eheh..kebajikan pekerja mcm drp segi medicalnya byk la juga, nk buat loan ke..blh la kn..so harap² beban keje ok-ok je..x terlalu bz smpai kena stay back plk..jenuh la bg ibu² cam haku ni kn..dh le weekdays 'Umair tu dok ngan org 11 jam..klo haku blk lewat..bape jam le sgt nk bermesraan dgn dia kn..sian dia..

dlm 2 hari ni xde pe sgt keje cuma bz meeting cmne nk jual produk..hehe..msk je dlm conference room tu..hangguk² je..bkn haku reti nk nyampuk bab marketing n selling ni..teruja pun ada bila online system yg haku develop dgn development team ni nk dipromosikan mingggu depan..tp mgg dpn xde dh haku kt sini..klo laris jualan boss jgn lupa bg la intensif skit kt saya ye..ehehe..

kurang sihat skit la rini..rs cam time rehat kang nk g panel clinic kt brickfields tu..mintk MC..haha..leh skip meeting kot 2:30pm..geliga x otak haku?ihik..ihik..tp tgk la cmne dulu..xde la tensen msk meeting tu..cuma bosan n kdg² ngantuk gila sbb jd pak pacak je..skadar join sbb haku antara yg develop sistem tu je..uuu..

okesla xde citer hangat..suam-suam kuku pun xde..yg sejuk² je tinggal..x bes dh nk hidang..eheh..kenkawan..tlg doakan haku dpt keje yg besh ye..tgg SPA ni..x pggil² itvw pun lagi ni ha..

wassalam.

Handphone @ Ragut

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lamaaanya x mencoret di sini. Masa tdk mengizinkn wlopun byk cerita yg boleh dikongsi bersama. Malas pun ada kenkadang..sifat yg 1 ni pyh betul nk diubati..huhu..

Berbalik pada tajuk asal..1st time la dlm hidup ni dpn mata kepala aku sndiri, kes ragut henset berlaku. Selama hidup ni..tgk org ragut limau bawak lari pun blm pernah..stakat jenayah² kecik cam peniruan dlm peperiksaan atau lebih fofular disebut 'kecurangan akademik' di IPTA (jenayah kecik ke ni??heh..) slalau la berlaku di dpn mata..nge..

Begini kisahnya..

Semalam,aku blk awai skit la, Mr. Mussawir xmai lgsg, so lari blk awai la. dok lam klas pun pening paler ngantuk bebeno. Aku naik Putra lrt dr Masjid Jamek. Smpai Ampang Park, 5-6 anak muda naik..mgkin sekitar umur 18-21 thn kot. Diorg dok berjln dlm lrt tu..p depan..patah blk blakang..n stop kat ruang pintu sebelah kanan tempat aku duduk. Aku dok bebel² jugak la dlm hati..wat penin paler haku je bdk² ni. next station pas Ampang Park ni Damai. Bila train benti kt Damai,2-3 org bebudak tu kuar n klo x silap depa la yg menjerit kt luar tu. Sgt la kuat smpai haku yg tgh penin kepala ni tensen dibuatnya.

Disebabkn jeritan diorg, tmpuan penumpang lrt sumer tertumpu kt depa. Dlm dok leka² tu, aku terperasan bdk kt pintu dpn haku tu melilau² bijik matanya. Seketika,pintu pun berbunyik menandakn ia nk menutupkn dirinya. Sepantas kucing berlari, bdk laki kt pintu tu memusingkn badan n terus merampas aka meragut henset mahal(klo x silap aku le)milik sorg chinese girl yg sedang asik menaip sms..dan terus cabut kuar malalui pintu yg on d way tgh nk tutup tu.Putra pintu auto..xleh bukak blk kecuali ada org tahan dgn something..mcm pintu lift..tp pintu lift, org kt dlm lif boleh tekan button 'open' slagi lif blm jalan.

So pas kejadian yg tdk disangka itu, penumpang dlm train yg tdk seberapa itu..dan rata²nya adalah wanita dan gadis²..(ekeke) terus terpaku dan terkedu. masing² melihat diantara 1 sama lain. tp ekceli x sumer sedar..haku rs yg nmpk aku dgn makcik sebelah mangsa ragut tu je kot. dan mungkin my 'seatmate'.

Hebat sungguh taktik depa..wat bising tarik perhatian, pastu pintu nk tertutup br dp bertindak. so mmg xdan nk kejar. lgpun mgsa depa pun pompuan yg tgh asik bersms. patutla dok 'bersiar-siar' dlm train tu..dok survey sapa yg tgh memegang henset dgn leka gamaknya..busuk betul bebudaks tu. melayu pulak tu..

Aku kesian sgt kt chinese girl tu..dia mcm terpaku lama..n muka dia cm xde perasaan nk digambarkn..statik gitu je..riso pulak. Chinese tu trn kt Wangsa Maju. Haku lk trn kt next station, Taman Melati. Atas rasa tanggungjwb, haku pun p la tanya² kunun nk wat aduan kt bdk yg jaga laluan tiket bulanan. tp mgkin smlm ala² bdk yg jaga,yg asik ngunyah chewing-gum..so mcm..ntah le. aku tanya psl CCTV, bgtau psal kes ragut tu..dia ada la layan gk,tp ntah le..
ekceli x puas hati sgt tp maleh le..hopefully mangsa tu g la wat report. Dia ptt g station Damai n laporkn n mintk diorg cek CCTV situ.

Tu je la kisah ragutnya. Pe yg berlaku smlm membuatkn haku akan lebih berhati² pasni. Takut pulak nk pakai henset dlm lrt. ni aku wat kesimpulan:
1. Masa org ramai, kes ragut xde la jd..train penuh pyh dia nk lari.
2. Smlm org laki ada 2-3 kerat je,so peluang dia. Org pun x ramai dlm train..luas..boeh dia survey mangsa dulu..
3. Klo nk pakai henset dlm train,bila train stop kt mn² stesen, genggamlah henset anda sekejab-kejabnya. Time ni la depa jalankn operasi x senunuh dan berdosa itu.

Tu je la kot.

Citer lain..today is my besday..ekeke..suami kata mlm ni nk bwk makan²..part yg haku suka..hoorey..

Semalam mcm ada benda terpk nk coret lg..tp pg ni dh lupa..so tutup entry..babas..

wassalam.

Alhamdulillah..ahernya

Assalamu'alaikum...

lama x update blog ni..Internet dial up sgt la slow..so xde mood lgsg nk upload tulesan kt sini.
ni dh dpt LAN connection 100Mbps..so oklah..

alhamdulillah 3 September baru ni aku dpt gak naik pentas amek skroll..ekceli x sangka dpt konvo tahun ni..ingtkn paling awal pun mini konvo thn dpn..tp sudah tertulis yg aku konvo thn ni..alhamdulillah.. :) Terus-terang..aku x kisah pun bila dapat konvo yg paling penting tesis aku tu diluluskn..dan sgt bersyukur bilamana kak Yati call awal bulan lps bgtau yg aku dah lulus. My hubby pun nmpk lega dengar berita tu sbb aku pun kdg2 terbuat muka x bes gk dpn dia sbb rasa sgt terbeban slagi x lepas dr tesis tu..terasa begitu mencengkam limpa pulak..eheh..

Walopun invitation letter konvo x sampai kt tgn aku, ada informer yg bgtau..hehe..thanks to Kinah ye. kalo x mmg xp gamaknya. tp decide nk p tu last minute jd perjalanan ke sana jd agak kelam kabut. Dan hasilnya, dh 3 hari kepala ni berputaq rasa penin² and sakit paler..huhu..

OKlah..skang aku dh mulakan tugas baru sbg pelajar..haha..belajar lg. Family belah sana sini ada yg sok sek sok sek cakap.."Asik belajar je..bila nk keje.." xpola depa nk kata pe..yg penting aku buat apa yg aku nk buat dan benda tu x salah serta tidak mendapat bantahan suamiku..Oleh itu..di sini la aku skang..uhuk..

OKlah..penin dtg lagi..nk landing sat..

wassalam.

Cahaya Hati

Assalamua’laikum

Lama x hapdet..sebelum tu mau Tanya kpd gangstarz..ups..geng research..tgk x Cerekarama Sabtu lps?bkn Sabtu baru ni..Sabtu sblm ni..tajuk Cahaya Hati, Eja dgn Fahrin tu.. korang pasa x citer tu cam klip video Because I’m A Girl lagu Korea tu?? Hehe..camne leh tersama ek? Eja keje kt Salun, Fahrin Photographer..pastu Eja jd x cumel n buta..lalu Fahrin dermakn mata..last pun samo..Eja jumpa Fahrin di samping gambar dia ada kt Fahrin..huhu.

Bercakap tentang cahaya hati..cahaya hati yang baru sorang nama 'Umair tu dh nk masuk 9 bulan. macham² dh dipikirnya..asik nk manjat je. pantang x panjat ummi dgn abi dia..x kira la time duduk ke..baring ke..mesti dia nk manjat..agaknya salah satu proses menguatkan otot² kaki nk berjalan dh kot..eheh..

OKlah, cukuplah tu. Ekceli xde cerita la. Cuma skang ni still mencari keje..berharap ada la rezeki dpt kerja dlm tempoh waktu terdekat ni..klo x..hutang PTPTN sapo nk bayau..huwaa..!!!

Kelegaan yang amat sangat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

bersua kembali..
alhamdulillah dipanjatkan rasa kesyukuran ini hanya kepada Allah S.W.T.
lega betul sbb ahernya berjaya gk siapkn dan submit pembetulan tesis kepada P.M Hatim..
la..la..la.. hehe..

dh seminggu pun hantar..kak yati kata dalam 2 mgg masa yang fakulti bagi kt penilai untuk proses semakan semula. x kisah le kalo P.M Hatim nk amek masa sebulan pun. yang penting harap beliau puas hati n xde dah haku kena buat pe² pembetulan lagi..kalo ada pun hopefully perlu betulkn kecik² je n x perlukan aku g UUM dh. ameen...

skang otak dh leh tumpu sepenuhnya untuk cari keje lak..harap leh la mula keje by next month..dh kering sangat ni..huhu..huwaa..ada la rezki 'Umair ye ..

okes..mintak diri duluk..

wassalam.


cari kerja..

Assalamu'alaikum

lama gk x update ni..masa ada..tp x nyempat²..huhu
'Umair dh 5bulan lebih..baru ni timbang naik 200g je brbanding bulan lepas..tu la..jarang menyusu..mkn pun asek tolak je. nk main sokmo budaks tu..xpe la..asal x anoreksia sudah. tp my baby tetaplah cumel n muntel..ahaks.. :p

harini my hubby cuti..bes² beliau je mencutikan diri..eheh. so haku ajaks le dia g jpn wilayah. g isi borang gstt pendidikan khas..huhu..nk cuba rezki jd cegu pendidikan khas pulak. hopefully ada la rezki haku dalam wakt terdekat ni.

xbes ar x keje ni. ekceli pembetulan tesis haku x bersentuh pun. ada la cuit skit² bab 1 tu. sgt x dan n xde mud la..huhu. tp nk usaha jugak siapkan sebelum masuk bulan 5 nnt..huhu. kerja 0 sgt byk..tp rasa x berkelayakan je nk apply. lgpun byknya keje yg haku rs cm ntah le..mampu ke nk keje cmtu dgn status haku skang ni??rs nk jd ccegu ja..uh.uh..

ish..xleh lama la..wisau 'Umair jg hek..hek..nnt. beliau kalo terjaga tgh² malam ni terus nganga nk susu..x nyempat². jgn le lengah²..mau jerit tgh mlm.huhu

wassalam

Fuhh..

assalamu'alaikum

ahernya dpt gak melayari Internet. baru masuk line talipon, guna dial-up dulu la sblm dpt keje ni.
Dapat² line je terus rasa nk update blog sbb sasaorg mesej bgtau kata my blog dh besawan n tikus berkeliaran..mana dia tikus tu mon?? x nmpk pong..hg dh tangkap jadikn haiwan peliharaan ke? hehe..

kes..lenkali insyaAllah akan diupdate lg..