Denggi lagi

Assalamu'alaikum

Kali ni cuba teka siapa pulak suspect denggi..??huh..suami ku..huwa..huwaa.. Memang 2-3 hari ni hb demam.. tak kebah-kebah.. pastu ngadu sakit sendi. Tadi cek darah memang la denggi. Aku dah pesan suruh minum air 100 plus banyak-banyak sebelum g HKL malam ni. Kalo admit wad tinggal la dengan 'Umair je.

'Umair lak 3-4 hari ni meragam.. nak melekat je. Rasa nak mengamuk pagi tadi sebab kena riba dia sambil iron baju. Gigit kang..huhu.. Sabo je la. Memang akan merah punch card ku kalau g kerja harini naik Putra macam biasa.. lalu telah meminta tolong hb la untuk hantar.. terpaksa. Nasib la denggi pun larat gak bawak moto. Aku dulu kena denggi lembik lotek dah..terketaq-ketaq.. dok dalam wad baru segar bugar..sebab dok bermalasan je atas katil kot..makan orang hidang, nurse pulak comey-comey and baik-baik (nurse pelatih la..). In case hubby kena admit wad.. harapnya para nurse kat wad tu takde lah yang lebih comel daripada aku..ahaks!

OK, sekian..rasa nak saman je tuan rumah.. Sabtu haritu dah pesan kat bibik dia pindah kan zink² yang tersusun kat tepi rumah yang kami sewa tuh. Orang jabatan kesihatan dah datang melawat dan pesan kat jiran aku, mintak maklumkan kat aku. Dan aku dah maklumkan kat tuan rumah (bibik dia la..). Ke bibik lupa nak bagitau Makcik Eton nih?? wah..wah.. takpe la.. mintak ganti rugi je la nanti.. ($$$$) wahaha.. ups..

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga.. amin..

Hadith-hadith

Assalamu'alaikum

Aku ada beli (suami yang beli) 2 buah buku, jilid 1 dan jilid 2 tentang 'Hadith-hadith Palsu dan Lemah yang patut dijauhi dari beramal dan dijadikan Hujah', penulisnya, Ustaz Haji Ibrahim Mohd Raja. Terbitan An-NafaQah Enterprise. Sangat teringin nak berkongsi ilmu dengan pembaca blog yang ada la beberapa kerat ni kan.

Okey, muqaddimah dulu. Tak ambil semua..

Tidak semua hadith² yang diriwayatkan daripada Nabi S.A.W adalah soheh. Ada yang lemah (dhaif), bahkan ada yang palsu. Hal ini adalah disebabkan kerana kecacatan perawinya. Ada juga berpunca daripada gugurnya perawi dari sanad hadith.

Mengetahui kesohehan dan kedhaifan sesuatu hadith adalah perlu supaya kita tidak berhukum dan beramal dengan sesuatu yang tidak thabit daripada Nabi S.A.W.

Menurut pendapat Imam Yahya bin Ma'in (wafat 233H), Imam Al-Bukhari (wafat 256H), Imam Muslim (wafat 261H), dan Imam Ibnu Hazm (wafat 456H), tidak boleh beramal sama sekali dengan hadith dhaif (apa lagi palsu) dalam hukum hakam dan fadhail a'mal (keutamaan-keutamaan amalan).

Imam An-Nawawi di dalam Muqaddimah Syarah Sahih Muslim menyifatkan pendapat membolehkan beramal dengan hadith lemah dalam hukum hakam adalah tidak benar bahkan sangat keji.

Nanti aku taip pulak hadith-hadith yang lemah dan palsu tu di lain entry ye. Sekian.

Wassalam.

Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)

Assalamu'alaikum

Ni Irfan Khairi soh paste kt Blog..

=========================================================

Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)
=========================================================
Oleh: Irfan Khairi


Asma, dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:
  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati". Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

======================================================

Nak bisnes apa ek? macam xde skill ke. Modal pun xde.. Nak main saham? oh tidak.. xde ilmu..rugi kang naya je..

PAS for All

Assalamu'alaikum

Pagi tadi bz banget..ptg ni dah x bz tp mengantuk banget. Saje-saje nak pastekn statement ni.. respon kepada tulisan Arvin Kalam Pereira, artikelnya bertajuk : “We cannot trust PAS”. Copy daripada blog Roslan SMS.

PAS for all adalah kesediaan PAS untuk memanjangkan perjuangannya buat semua. PAS adalah parti Islam tetapi bukan untuk berjuang bagi membela orang Islam sahaja ia bersifat menerima siapa sahaja yang sanggup menerimanya, tetapi tidaklah bermakna PAS akan menyesuaikan dirinya demi kerana ketagihkan sokongan. Yang PAS bawa adalah keadilan dan keindahan Islam bukan untuk dinikmati oleh orang Islam sahaja tetapi juga untuk yang bukan Islam, itulah PAS for all.
PAS for All.. Allahu Akhbar!

Dengue fever with hepatitis

Assalamu'alaikum

Terlebih dahulu ingin meluahkan ketensenan menaiki LRT ke tempat keje.. adeh..deh.. tensennya. Bila la akan berahernya penderitaan g keje naik LRT nih..huwaa..huwaa..

Hai kawan-kawan..2 mgg aku tak online. Buat pengetahuan semua, aku kena tahan masuk wad 5 hari woo..tu.. sbb tajuk kat atas tuh..huhu. Tak tersangka pulak dalam hidup ni yang aku telah menjadi salah seorang mangsa makhluk kecik tuh..hmm.. Sebelum tuh aku demam dulu.. agak teruk gk le. Seminggu sblm tu dh demam.. elok demam time weekend je. Weekdays je sihat walafiat..tak leh la apply MC kn. Hari Sabtu 25 Oct, tengahari tu aku start demam teruk. Dah le masa tu tinggal berduaan dengan 'Umair. Abu 'Umair daripada Jumaat attend kursus kat Awana Genting. Pas telan panadol, awal malam tu rasa cam dh kebah skit. Tapi bangun keesokan harinya panas balik badan nih. Aku macam dah syak je kena denggi. Sebab mgg lepas pun demam kejap-kejap gitu. Alhamdulillah 'Umair tak meragam sangat time Ummi nya tak sihat tu. Cuma pagi Ahad tu bangun² tido dia menangis mintak dukung..aku pun termenangis sebab kena dukung dia dalam keadaan lemah longlai tuh..hehe..boleh tak? :p

Akhirnya, pulang juga suami ku petang tu..lalu terus aku ajak g jumpa Doktor. Apa lagi kan, dh namanya demam, dpt la berbondol² panadol + ubat² lain. Doktor pesan habiskan antibiotik. Dalam 2 hari lagi tak baik demam, sila datang lagi nak buat ujian darah. Di pendekkan cerita maka demam lagi aku Rabu tuh walaupun hari Isnin dan Selasa, sihat je. Makanya setelah dicek, platelet cuma 77, so kena refer ke Hospital.. aku pun g la HKL malam tu. Cek platelet malam tu 110 pulak..masih di bawah 150, so sah kena denggi. Doktor HKL bg pilihan, nak masuk wad atau blk rumah, tp esok kena datang cek darah. Setelah berbincang dengan hubby, aku pun wat keputusan nk dok wad je la sebab dah lemah longlai. Dekat 2 hari ala-ala tak makan apa-apa.. sebab perut n tekak tak boleh nak terima. Muntah balik. Walaupun aku kesian kt hubby dan 'Umair.. tapi kalau x masuk wad, x tau la macammana nak merawat diri.. akhirnya.. malam 29 Oct, hari Rabu, bermulanya malam pertama tido dalam wad 23 HKL..uhu..

Hari Khamis Doktor bagitau, kalau tak demam hari ni, boleh discharge, tapi hari tu pulak demam mai.. sampai 39 darjah celcius..huhu. Hari Jumaat pulak Doktor kata kalau platelet naik, boleh discharge, tp hari tu dan hari Sabtu pun platelet turun. Tapi hari tu tak demam dah..masih tak boleh keluar wad. Tunggu punya tunggu, hari Ahad naik pun platelet ke 69 kot. Sebelum tuh 51 je. So, Doktor pun bagi balik. Lagipun wad 23 tu sesak bangat. Tak cukup katil sampai ramai yang terpaksa diletakkan atas troli je. Dengan keluarnya aku, maka salah sorang pesakit yang terpaksa tidur atas troli, dapat le tidur kat atas katil yang sedikit selesa.

Alhamdulillah, lega sangat dapat balik sebab tangan dah jd gemok gedempol kena drip. 24 jam air masuk..tangan pun dah montel-semontel-montelnya. Nak genggam pun tak boleh. Cincin pun tak boleh cabut, sampai kena mintak nurse sapukan sabun dan cabutkan..hehe.

Sekian la dulu informasi tentang aku yang telah mengidap demam denggi. Banyak nak cerita bab kat hospital ni. Tentang nurse, tentang pesakit, tentang persekitaran. InsyaAllah nanti cerita lagi.

Alhamdulillah semalam cek darah lagi, platelet dah 300+. Kiranya dah bebas denggi. Cuma liver function belum tau result, kat Klinik Kesihatan Taman Kenangan tuh tak ada mesin untuk cek liver function, kena tunggu 2 bulan lagi katanya.

OKlah, nanti sambung cerita.

Wassalam.