Wanita mengandung di dalam LRT

Assalamu'alaikum

Pagi tadi aku terserempak dengan Huda..sahabat sefikrah yang kukenali semasa di kampus dahulu. Terserempak semasa sama-sama sedang mengadap rel LRT menanti tren tiba. Dia dah sarat mengandung hampir 7 bulan. Dah nmpk jelas besar perutnya. Saje aku tanya²..slalu dapat tempat duduk x dlm tren? Terkejut bila dia jawab tak..lalu aku bertanya:

Me: Kenapa??
Huda : Biasala..org buat² tido..
Me: Betul ke? Ye ke ni..isk..
Huda : Ye..aku pun dah malas nak kata apa..

Aku pelik sbenarnya..dah setahun lebih aku naik tren ni..biasanya org akan bagi tempat duduk kat wanita pregnant kalo diorg perasan. Tapi ada gak 2-3 kes yang diorg wat-wat x nmpk, tp aku tgk anak mata diorg cm resah je. Ada skali tu aku nmpk sorang budak ni tunduk manjang pas dia prasan yg berdiri dgn dia wanita pregnant. Aduh..kesian mereka.

Aku pernah pregnant..of course la kan..klo x camne nak dpt 'Umair kan..hehe. Dapat kurasakan betapa penatnya mereka berdiri dalam tren yang mcm dok ada dalam tin sardin tuh..fuh..Aku yang x pegnen ni pun rasa letih sgt. Klo dtg kurang sihat badan..leh ketaq kaki tangan kena berdiri dalam tren tuh..nk muntah pun ado..maklomla..aku kn sokmo mabuk perjalanan..eceh..

Sepanjang stahun lebih menaiki tren, ada skali je..baru-baru ni aku tgk seorg perempuan di pintu tren menyebut kuat² "excuse me..excuse me.." bilamana dia menyedari ada org pegnen berdiri dihadapan org yg duduk..tp tdk diberi tempat duduk..xpasti la org laki tu tido betul or purak²..tp pompuan kt sebelah dia yg bgn bg tempat duduk. Aku x salahkn pompuan tu sbb dia bz bc paper..mmg nyata yg dia x pasan. Tp aku blm pernah lagi jd cm pompuan kt tepi pintu tren tuh..slalu gk ada wanita-wanita pegnen berdiri hampir² dgn aku yang berdiri gak time tuh..tp xde plk aku berusaha tlg mntk org yg duduk tu bgn..segan seh..tp sbenarnya org yg duduk tu yg x reti² ke nk bangun kan..huhu..

Aku ni sbenarnya kalo dpt duduk berharap xde la aku nmpk org pegnen berdiri masa aku duduk tuh.. :p. Sbb kudrat aku ni x seberapa nk berdiri, cuma terpaksa digagahkan jugak. Tp of course la klo terlihat, x sanggup pulak aku nak biarkan mereka berdiri kan. Kejam sungguh..Tp it's ok..boleh je berdiri..cuma rasa sgt lenguh kt bhagian kaki n tgn klo tgh bersesak-sesak tu..nk stabilkn badan kn..memang letih sgt.

Oleh itu kepada para penumpang setia LRT..x kisah la Putra atau Star..ups..Komuter pun, bertimbangrasa la ye. Utamakan tempat duduk yang memang dikhaskan untuk orang tua, wanita mengandung, OKU dan org yang mendukung anak kecik kepada mereka. Hak diorang tuh tau..berdosa klo ko x kasik..uh..uh..

Okeshlah..nk p solat pastu babai nk balik. :)

wassalam.


Bubur Lambuk

Assalamu'alaikum

Semalam 1st time dpt makan bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru yg sgt fofular tuh..tp belila, RM2.50. Nak beratur untuk dapatkan yang free ntah bila kan.. 1st time aku dpt lihat dan rasa mcmmn rupanya bubur lambuk adalah semasa di UUM. x pasti masa tu masih pelajar Matrikulasi atau dah 1st degree. Nyum..nyum..memang simple tetapi lazat rasanya bubur lambuk Pusat Islam UUM tuh. Yang semalam pun sedap gak..xtau la nak kata mana yang lebih sedap..rasa mcm lebih kurang je rasanya. x kisah la..janji sodap..hehe..

Hari-hari pun xdak kerja. Selain proses file yang hanya memakan masa x sampai 5 minit pun..aku goyang kaki je. Keje banyak tp sumer org lain yg bz x nyempat kena buat. Aku x mintak la keje yg sgt membzkan smpai kena stayback kn..at least kasikla keje SIKIT..hehe. Jadi data entry for a while pun i x kisah..ekeke..Apa status aku skang je? Adakah aku dpt gajik butak? Gaji baru je dpt semalam..sempena nak raya gaji dpt awal la 2 hari. Dapat plk gaji sebulan stengah di atas kesempitan hidup sebelum ini kerana x dpt gaji..hehe. Sib baik stengah bulan je..klo sebulan terpaksa menge'pau' uang suamiku..uhu..

Okeh lah.. semoga bertemu dgn Lailatur Qadar..jgn temu je..hehe


Tolong Orang

Assalamu'alaikum

Aku nak bercerita skit tentang pengalaman balik kerja semalam. Ketika aku sedang menuju ke eskalator stesen LRT Pasar Seni..dari kejauhan aku nmpak sekumpulan peniaga (yg dikenalpasti xde lesen peniagaan sah) kt kaki lima sekitar eskalator. Aku rasa ni kes penguatkuasa DBKL datang serbu la kot. Situasi yang sama selalu dapat dilihat ketika aku transit LRT Putra ke LRT Star di Masjid Jamek. Tapi situasi semalam ada tambahannya. Di kaki tangga ku lihat seorang abg (xpasti org Malaysia atau Indonesia kerana serumpun kn..heh) berdarah sedikit di tangan tapi mulutnya dipenuhi darah..aduh..aduh.. tetiba gear berjalanku terus bertukar ke gear satu.. berniat nak p menolong abg tersebut, dengan bertanya dan memberi tisu tetapi terbantut atas sebab-sebab yang akan dinyatakan dibawah nanti. Kasihan abg tersebut. Tiada sesiapa kulihat membantunya..mungkin mereka tahu apa yang berlaku.. Tapi serkap jarangku..abg itu terjatuh mungkin ketika berlari menyorong gerai berodanya.. atau.. adakah beliau bertumbuk? ntah la.. tp nak kata jatuh pulak..mcm teruk sgt pendarahannya.. hanya Allah yang tahu..juge mereka² yang terlihat apa yang berlaku.

Kenapa aku x tolong? ..sebab dalam pada wujud rasa simpati pun masih su'uzon (bersangka tidak baik). Apa dipikiran:

  • Abg tu lelaki..dh abg mestila lelaki..ceh.. Aku cm takot+waspada.
  • Nanti abg tu ngamok sbb aku sibok².
  • dll.. (lupa..)
Ekceli aku rasa banyak kes² org² yang berniat ingin membantu tetapi x dapat menghilangkan perasaan su'uzon ituh. Manakan tidak, melihat kepada situasi zaman sekarang.. terlalu ramai org yang tidak boleh dipercayai..buat baik tidak semestinya di balas baik selagi mana manusia namanya. Cuba lihat laporan berita di akhbar² tempatan dan televisyen.. terlalu banyak kes-kes pukau, santau, penipuan, samun berkereta.. macam² boleh berlaku walau asal niat kita adalah baik. Nak tolong pemandu yang keretanya rosak, disamun..nak mendengar penjual mempromosi barang, dipukau dan lain-lain. Jadi nak salahkan sesiapa.. bukan niat x mau membantu..tp takut keselamatan diri pulak terkorban.

Dalam kes menolong orang ni..mcm² jenis pertolongan. Satu contoh.. kat hentian stesen taman Melati tuh..selalu terlihat orang buta turun naik tren. Kadang² dalam ramai-ramai agaknya xde siapa terpandang kelibat mereka lalu mereka dibiarkan berjalan sendiri. Maka terlanggar tiang lah mereka. Aku pulak sering melihat mereka dari jauh semata-mata..mengharapkan agar ada yg membantu.. boleh takkkkk...isk..isk.. alasannya sbb mereka LELAKI..huhu..biar lah org lelaki yang tolong pimpin. Kecuali xde orang..insyaAllah aku akan membantu. Harap mereka memahami..

Sebagai seorang muslimah yang berusaha menjaga mana yang boleh.. kadang-kadang perkara sebegini asik berlegar-legar dipikiran. Dan aku telah pun membuat kesimpulan bahawasanya aku memang wajib membantu sekiranya tiada insan lain yang membantu dengan syarat aku wajib menjaga mana yang perlu. At least aku akan panggil seorang lelaki sekiranya ada di sekitar dan memintanya memimpin OKU tersebut. Tapi biasanya kalo untuk melintas jalan.. aku pimpin je diorg. Ini hanya terhad kepada org buta. Kes lain masih banyak pertimbangan lain perlu difikirkan.

Banyak nak cerita psl tolong orang ni..tp panjang pulak nak menaip. Lagi pulak ada kerja menanti. Tapi diakui memang di zaman serba moden ini, perikemanusian itu semakin kurang. Ramai yang mementingkan diri sendiri atau mungkin juga niat membantu itu ada, tapi perasaan waspada yang wujud membantutkan segala niat. Kita hanya akan membantu orang² yang dikenali sahaja atas sebab-sebab keselamatan wlopun tetap ada yang tdk boleh dipercayai..hehe.

Sekian entry hari ni.

Wassalam.

Kerja hari ini

Assalamu'alaikum

Hari ini cuma proses data pos saje..pastu xdak keje..naik lenguh satu badan.. Oleh itu, tanpa membuang masa, aku pun telah berjaya mengecat baru blog ku ini. Nak raya kan..lip lap skit lah dinding nih..hehe..

Nampaknya blogspot dah memberi banyak kemudahan kepada bloggernyer untuk edit template.. keje semakin mudah.. x macam sebelum ni berpinar mata edit HTML code. Skang ni nak ubah kaler blh g kt 'Font n Colour' je.. Cuma nk letak image background tu aku ubah kt HTML code la.. ke ada cara senang gak sebenonya? sbb k.ipar aku pun senang² n bes² dia je tukar background image dgn color²..sapa tau sila beritahu.. terima kasih.

wassalam.

Kurma dan sabar

Assalamu'alaikum

Harini kat opis my hubby ada majlis berbuka puasa..tp my hubby xmo bawak 'Umair dan ummu 'Umair.. huhu.. nape? g tanya my hubby yang budiman tuh..uhuk..hehe..

Harini pun x sudah² proses data..banyak bebeno data pos ni ye..lenguh leher ni..tp xpa la daripada xdak keje langsung kan..gaji buta satu hal..bosan satu hal..hmm..

Harini bes le dapat sekotak kurma free. Tulis kat kotak kurma Iran..ye le kot. Opismet kata tahun lepas dapat air zam-zam skali..tahun ni nampak gayenyer xdiberi pulak ye..xpala.. bukan rezki dapat air zam-zam free..

korang dapat bersabar x di bulan puasa??xtau la aku ni bulan posa pun angin satu badan. Sian 'Umair semalam kena marah..tah hape² la ummi dia nih..ces.. Pagi td pulak moto abu 'Umair pancit..ummi tertarik muka masam padahal bukan salah abi kan 'Umair..huhu..apala ummi ni..

Dahla..pasni ummi ubah apa yang ptt diubah ye..insyaAllah..

Esok cuti..yea..yea..kita jalan² ye 'Umair..dgn abi skali..klo x, sapa nak drive kita g shopping kan..hehe

eh..'Umair baca ke blog aku nih??

dh..sekian, wassalam.

Sessi memproses

Salam Mesra..

ewah..hehe
Berpagi-pagi mengadap PC yang hang..hehe..ni sbb process text file semalam le. Saje aku run proses sblm blk smlm..x tutup PC..mai pagi ni..heh..hang. Terpaksa menekan Ctrl+Alt+Del berkali²..heh..

mcm xde keje sangat..sini actually byk keje tp sumer pakat bz sampai diorang lupa kewujudan akukah? tp xpe..i x kisah..asal ada PC sendiri..line Internet..oklah..boleh la aku hidup kt opis ni..hehe. Semalam ahernya berjaya gak aku menyiapkan function delete tuh..x reti aih ASP nih..tgk coding² orang n harapkn pakcik Google je..sib baik pakcik tu ramai kawan yang sedia membantu. TQ pakcik Google n rakan-rakan beliau..ihik..alhamdulillah siap 1 keje.

Dengarnya harini cam nk dapat keje baru..xtau la keje pe..wait and see je la..malas nak tanya. Lagi pulak PC aku dibebani dgn tugas memproses file² sedia ada..adeh la..sementara belum start memproses nih..eloklah aku mengupdate blog haku..sakgi klo tgh run proses..huhu..nak nangis rasa..xleh nk wat benda lain..makan memori besau betul..isk..isk.. Semalam sementara menanti proses selesai yang amik masa berjam²..aku pun membaca la novel tajuk 'The Switch'. Cam bes..tp baru baca 1 chapter..lmbat skit la baca novel omputih ni..maklomla..english haku kan dasat..ehehe..

OK dokie la..nak bersiar² kat senarai website bwh tajuk 'Bacaan Bagus' aku tuh pulak..nnt citer² lagi.. ;)

Wassalam.

Masak-masak

Assalamu'alaikum

Dah masuk 2 hari akak senior programmer ni xmai. Ambik EL rasanya sbb xde pulak dia maklumkan kt aku yg dia bercuti. So aku pun ala-ala xde keje je ropenyerr.. Actually ada assigment..kena tambah function delete kat eParcel website nih. Guna ASP tuh..xpandai..x biasa. Nasib baik Internet membantu. Nampak macam jadi je patutnya coding aku tuh..cumanya x boleh nk delete sbb melibatkan table² yang lain jugak. Aku pulak x tau table mana nk didelete sbb x terlibat dari awal buat website ni. So aku bercadang nk tgk² gituh² je nanti kt database. Tunggu akk ni mai la nk confirmkn data untuk didelete.

Hmm..disebabkan kebosanan yang melampau..tiada lain yg mampu kulakukan selain menyalin resepi..ekeke..sapa² rajin memasak n nk cuba resepi² yang belum pernah dicuba, leh la masuk Blog my sister-in-law nih.. Ngah ni mmg sangat rajin memasak..wanita bekerjaya tuh..kalo la dia suri rumah sepenuh masa..Dah bukak bisnes gamaknya..gamaknya la..xtau la kan..hehe.. Kira x jd surirumah gak la klo dh berbisnes tuh..eheh..

Macam² resepi ada kt Blog tuh n aku rajin menyalin resepi Dessert je..bulan² posa ni rasa rajin nak masak pencuci mulut. Ahad kelmarin 1st aku cuba puding karamel tp x jadi..haha..silap Bahan rupanya..patut susu pekat manis tapi aku boh susu cair..dh boh susu cair, tambah air lagi..jd macam spongebob squarepants pulak rupa puding tuh..berlubang². Tawar pulak tuh.. Sib baik la ada gula hangus sebagai pemanis rasa..kalo x..x tau nk makan cmne. Rasa macam Tau fu fa pun ado. So minggu ni aim nya nk ngabeskn puding tu la.. Suami aku langsung x sentuh. My hubby mmg x minat makanan² yang tdk diklasifikasikan dalam group kuih tradisional nih.. So kena abeskn sorang² la.. 'Umair pun cam x menunjukkn minat..puas dok sua kt mulut dia..xmo rasa pun..heh..sua masa mood makan dia xde kot. Lagipun anakku yang baik tu jenis berdikari.. xmo disuap²..nak makan sendiri..hmm..

Isk..x sabar nak balik masak ni..eheh..masak simple je la rini..ada ikan kembung dlm fridge..wat masak cuka la. Masak gini pun aku kaut resepi kt Internet..ahaha..mmg aku x pndai masak.. sumer nak tgk buku resepi..yang penting aku masak n ada rasa kan..hehe..

OKeslah..selamat memasak n selamat berbuka puasa.. :)

Wassalam.

Salam Ramadhan

Asalamu'alaikum

Selamat menghayati Ramadhan :)

Ramadhan dah datang..rasa seronok tak? :)
Tak tahu kenapa setiap kali bulan Ramadhan, jarang aku miss masak untuk berbuka. Klo lauk berbuka dah habis, boleh lagi tu aku bangun masak koi 4 pagi tuh..magic sendiri rasa..sbb kalaulah bukan di bulan Ramadhan, selalu gak miss masak utk makan malam dgn alasan sgtlah penat.

Hmm..berkat Ramadhan kan..semangat memasak untuk suami tu sentiasa ada. Suami aku mmg la berbuka dengan jayanya..apa yang dimasak sumer habis. Lauk 2 jenis pun belum tentu cukup..selalunya suami aku akan beli lauk tambahan. Aku??..hmm..makan berbuka sekadarnya je. Seronok memasak je tapi makannya xde la seberapa? takut gemuk?? belum lagi kot..hehe.. Pas berbuka dengan kurma, minum air stengah cawan..makan nasi separuh pinggan..mlm dah x makan dah.. Aku pun rasa hairan dgn nafsu makan di bulan Ramadhan kali ni. Aku cuma bersahur suku pinggan nasik, berbuka separuh pinggan nasi. Tu je..dessert pun skali skala..tu pun sekadar buah skit. Apa² pun bersyukur Ramadhan kali ni sbb dpt mengurangkan nafsu makan aku. Selain baik dari segi kesihatan..jimat la duit yg x seberapa ni drp membeli mcm² makanan kudapan kan..alhamdulillah.. Kalo diingat kembali memori berpuasa ketika sarat mengandungkan 'Umair dulu..hehe..sampai geleng kepala mak aku tgk..katanya sumer makanan yang ada aku nk makan..ehek..

Sempena Ramadhan ni, marilah sama² kita melipat gandakan amal ibadah.. Aku pun kena banyak² berdoa agar aku berjaya menjawat jawatan kerjaya impian PTM aku tuh.. Semoga ada rezeki kali ni..interview di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kawan² tgh tunggu nk berbuka puasa tu doa²kan la kejayaan ku ini.. Semoga result interview utk jawatan PTM yang dijadualkn keluar 20 Oktober ni membawa berita gembira utk aku..ameen.. :)

Hehe..oklah..jaga nafsunya ;)

Wassalam.

Sudah

Assalamu'alaikum

Pagi semalam dh interview..alhamdulillah lega dh lepas. Tinggal berdebar menanti keputusan pulak. Harap² positif, ada berita gembira buat aku nanti..ameen..

Soalan semalam logik² je kalo nk dibandingkan dgn soalan² yg pernah aku ditanyai dalam 2x interview yang dolu². Rasanya aku dh jawab sebaik mungkin..cuma ada la 1 soalan IT dan 1 soalan tentang Dr. Raja Nazrin yang aku x cemerlang menjawab. Smoga ada rezeki ku jadi PTM nnt :).

Bulan² puasa ni rasa lemau pulak. Harini dh boleh on time sampai opis tp sbb nasib x baik kena kluar tren kt terminal putra..ditambah punyala lama menunggu melintas jalan..naik lif lagi..terlebih gak 2 minit..merah lagi punch card aku. Bla nk biru ntah..dh le staff baru..buat pangai hari² dtg lmbat..uh..

OKlah..keje mcm dh siap..xde org nk tanya utk keje seterusnya..so aku merilek dulu la..

OKes..wassalam.