Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Hani di TV3


Salam.

Lama tak menaip di sini. Terpanggil untuk promote drama Hani di TV3. Setiap Selasa jam 9 malam. Semalam episod ke berapa..lupa sudah..hehe. Aku ada jugak miss tengok 2-3kali. Setiap kali tengok mesti sebak, air mata bergenang..klo byk genangnya meleleh la..kuikui..heh. Lebih² lagi lepas Ummu Hani dah buta ni..huhu. Scene yang membuatkan aku terasa begitu sebak semalam bila budak cacat penglihatan tu cakap "Mak saya cakap, Allah lebih sayangkan orang macam kita ni.." bila Ummu Hani tanya tak sedih ke jadi buta.. lebih kurang la dialognya..huhu

Untuk tau lebih lanjut bagi sesiapa belum pernah tengok, boleh masuk blog penulis skrip ni http://zabidiskrip.blogspot.com Episod awal² aku mungkin tak berapa minat nak tengok..tp kena la tengok klo nak tau jalan cerita..hehe.

Sebab drama ni..baru nak bekenan dengan Nur Fathia, mungkin sebab watak Ummu Hani yang dia bawa tu. Tapi baru² ni ternampak iklan Majalah Hai kot dalam suratkhabar. Seksi pulak makcik tu dgn Ju Evans..hilang berkenan cek..uh.

Tak dapat apa-apa ke pegang watak Ummu Hani yang best tu? Hidayah..Allah yang beri kan..huhu. Kita kena mintak juga..


Aku sgt suka tengok gambar ni.. kredit to blog Ustaz Zabidi.

Posmen naik gaji

Salam ceria :)


Bercakap tentang posmen. Kadang aku rasa aku ni sedih tak bertempat pulak. Kadang-kadang la..hehe. Nampak posmen hantar surat tengah panas pun boleh sebak.. Bila nampak orang bekerja bersungguh-sungguh, ditambah pulak bila nampak payahnya mereka bekerja..pun boleh sebak. Simpton penyakit apakah ini?hehe. Tapi kadang-kadang je la ye..

Tadi tengahari ada majlis Sinar Zuhur kat surau tingkat 7 ni ha. Ustaz Mohd. Zainuddin bin Abu Bakar penceramah hari ni beritahu yang ada para posmen yang datang cerita sendiri kat dia, mereka weekend je kerja parttime. Macam-macam kerja..katering, jadi bartender pun ada..nauzubillah. Mana tak nya, dengan RM610 tu, lebih-lebih lagi hidup di KL ni, memang x cukup. Patut la aku sedih kot bila tengok posmen..padahal baru je tau yang gaji diorang RM610 tu..uhu..hehe.

Posmen dan kerani pos confirm gaji naik berkuatkuasa bulan 7 ni. Aku harap gaji aku pun naik la juga. Naik banyak-banyak ye..saaaayanggg Pos Malaysia..(kalau naik gaji la..haha).

OKlah, buat kerja..pekerja rajin ni..nge..rajin mengulo..

Wassalam.