Interview SPA

Assalamu'alaikum


Alhamdulillah ahernya..selepas 2 tahun, dapat semula panggilan temuduga SPA untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41. Ni dah kali ke-4, tahun 2006, 2007, 2008 dan ke-4 tahun ni, 2010. Tahun lepas betapa kuciwanya x dipanggil.

Bila dah kali ke-4 ni, besarlah harapanku agar lulus cemerlang. Saya akan bersiap sedia daripada sekarang Tuan Panel. Kalau kawan² ada tips dan nasihat nak bagi, silakan. Tolong doakan kejayaan saya, ada rezki untuk dapat kali ini.

Ya Allah, Kau berikanlah yang terbaik buat diriku. Andai baik bagiku pekerjaan ini, permudahkanlah aku untuk memperolehnya. Seandaikan tidak, hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buat diriku.. amin Ya Rabbal alamin..

Lama sungguh..

Assalamu'alaikum


Lama sungguh tak menaip di sini. Cerita banyak..tapi kerja pun banyak..mood menulis pulak kureng bila badan penat..huhu.

Baru balik dari Jalan TAR. Selalunya selepas jemaah habis solat Jumaat, baru balik, tapi harini balik ke opis awal sikit, lagipun waktu rehat dipendekkan setengah jam. Tak pernah lihat situasi seperti tadi..ramainya jemaah kt masjid jamek..x muat sampai habis kawasan berumput dalam tu, habis siar kaki stesen LRT Aliran Ampang, sampai ke jalan masuk terowong nak ke LRT Putra pun penuh jemaah. Memang macam tu kot..jemaah tgh bandaraya KL ni sangatlah ramai. Kalau nak ke masjid India, khutbahnya bkn dalam bahasa melayu pulak kan..

OKlah, takde nak cerita apa..just nak bagitau sekarang ni tengah asyik buat felt craft. Boleh la tempah kalau nak..hehe. Gambar-gambar nanti diupload kemudian di sini atau di blog bisnesku yang lama gak takde barang baru..huhu.. Sempit skit sekarang ni, mmg kena cari sumber pendapatan tambahan.

Semoga segalanya dipermudahkan..amin...

Mama yang pandai

"Ummi..kenapa tak beli aiskrim kayu kat 'Umair?"
"Ummi lupa la..dah tua.."
"Ummi mana boleh tua..Ummi kan mama..mama yang pandai masak nasik, pandai masaknugget, pandai masak kentang..abi..abi pulak pandai masak burger..hmm.."

Terkasima sebentar..kenapa 3 masakan mudah tu je yang disebut anakku?
Abi pandai masak burger? heh..baru 1st time 'Umair tgk abi pegang sudip dan kuali untuk panaskan burger sejuk dalam peti ais..terus dia anugerahkan award "pandai masak burger"..

*sekadar gambar hiasan


Setelah berfikir seketika, aku membuat kesimpulan bahawa 'Umair hanya menyebut makanan kegemaran dia (kadang-kadang buat xtau juga dgn makanan tu..). Tentang nasi pulak mungkin sebab aku dah tangkap kontrak dengan dia untuk cedok beras masukkan ke dalam periuk.. Sejujurnya memang aku dah jarang masak..weekdays mungkin sekali je masak lauk, weekend pun sekali sebab biasanya hujung minggu akan keluar jalan-jalan.. Dan bila masak nasi berlauk..dalam 5x masak..cuma sekali je 'Umair makan..makanya logik lah agaknya kenapa ayat di atas keluar daripada mulutnya..

Si kecil yg jujur, tulus mulus hatinya..x pandai berpura-pura..

*tunggu Ummi beli ketuhar elektrik dan buat roti utk 'Umair..mesti pastu dia cakap Ummi pandai masak roti..sebab 'Umair peminat roti..hehe

Selipar disorok orang

"Ummi..nak balik rumah tok yang ada padang..rumah to'ki yang ada ikan kan dah balik..balik rumah tok yang ada padang la pulak.. 'Umair rindu kat tok..rindu pak cik..kat pak su Yap.."


Itulah yang ditutur 'Umair bila dimaklumkan kami sekeluarga akan pulang ke Temerloh untuk menghadiri kenduri biras ku di Jengka 18. 'Umair ok je, asal dapat naik kereta dengan Abi dan Ummi..tak lupa adik yang disayanginya..cukup lah..cuma dia selalu sebut nak balik rumah tok yang ada padang (Teluk Intan) sebab sebelum ni kami dah pun pulang ke Temerloh. Dia rasa tak balance kot..hehe.

Kerap kali juga kami balik hari sahaja ke Temerloh. Mungkin kerana perjalanan cuma mengambil masa sekitar 2 jam sahaja (selalu meter kereta maintain 80-90km/jam je). Manakala perjalanan ke Teluk Intan mesti tak kurang daripada 3 jam..lenguh dok dalam kereta lama-lama... InsyaAllah hujung minggu ni balik rumah tok yang ada padang pulak ye sayang..

Sabtu lepas 'Umair ikut Abi p surau depan rumah. Maghrib pergi, sebelah selipar spiderman nya hilang. Balik lah berdukung. Isya' pergi lagi. Awalnya dia suruh Abi dukung je..tapi Ummi nyampuk

ummi: pakai je la selipar oren tu..tak kan hilang 2x pulak. Nanti orang kat surau gelakkan 'Umair pulak sbb suruh Abi dukung..ha..
'Umair: ala..kalau orang surau gelak..'Umair pun gelaklah jugak..
abi: ha..betul jugak tu..hehe
ummi: ha iyelah..

tapi 'Umair pakai juga selipar oren berjalan kaki ke surau yang betul-betul depan rumah tu. Tapi malang tak berbau..sekali lagi sebelah seliparnya hilang. Ni dah sah kes khianat ni..siapa la nak mengenakan anakku yang baik hati itu..x laik..huh..Nasib dalam bilik air ada selipar Spongebob, makanya pulang ke kampung pakai selipar bilik air la..

Semalam, baru jumpa selipar oren 'Umair. Sorang jemaah surau terjumpa dalam salur air. Selipar Spiderman je belum jumpa lagi. Ada rezki, jumpa la ye sayang. Tapi Ummi dah pun belikan selipar Spiderman untuk sayang..hajat di hati nk beli Ben10, tp x bekenan pulak ala-ala selipar Jepun tu..kira OKlah Spiderman ni ye..hehe..

Bila 'Umair berkata-kata

#mkn cocopie tepi pintu
-ummi kenapa baby tu asik tgk umair je?
-bkn baby..husna
-bukan husna..baby kt pampers tu..
-ooo..dia tengok umair sbb umair comel..
-xla..umair x khomel, umair kurus, umair x minum khucu pun..

#tgh siap tempat tidur
-ummi, umair x suka la bantal ummi ni..
-huhu..(buat muka sedih)
-umair suka ummi dgn adik je..
-nape suka ummi dgn adik?
-sbb ummi khomel..adik sunggguh khomel..
-wakaka..

#tercungap-cungap lari ke ruang tamu dari bilik tidur
-kenape ummi tggal anak kune ummi ni kolang²?
-ha??oo..anak terune..wakaka

#tgk berita tv
-(sambil paling muka drp TV) umair x suka la tengok berita
-suka la..ummi nak tengok
-budak² x suka tengok berita..budak-budak suka tengok kartun je..
-huhu

#sembang hari jumaat malam sabtu (rehat-rehat lepas balik keje)
-esok nak pegi rumah makcik Mala? (pengasuh)
-nak..
-esok 'Umair dengan adik g rumah makcik Mala, ummi dengan abi dok rumah
-eh, mana boleh..ummi pegi la keje
-esok ummi cuti
-ummi pegi la keje, nanti macammana nak beli baju sekolah 'Umair,kasut sekolah, yang macam dalam tv tu..apatu?..apatu?
-yang mana?
-yang macam dalam tv tu..
-kinder joy ke?
-ha..kinder joy..macammana nak beli kinder joy?


Itu sembang sebelum berpindah ke rumah baru. Sekarang ni dah pindah, 'Umair dan Husna dihantar ke taska kat taman yang sama. Adik rileks je..ye la, bukan faham lagi. Abg long boleh dikatakan hari-hari menangis. Hari-hari, setiap pagi ajak naik kereta kerana anggapannya kalau naik kereta, Ummi dan Abi tak pergi kerja, makanya dia x payah la ke taska..huhu. Pagi tadi pulak ajak pergi rumah tok. Dah masuk minggu ke3, tapi dia masih belum biasa..cikgu cakap, dia tak berkawan pun. Cuma pandang orang main dan main la jugak sekali papan lungsur tu..tapi tak bersembang-sembnag le kot dengan budak² tu..sian 'Umair. Belum rasa seronok di taska..

Alahai 'Umair ku sayang..

Pindah dan Bonus

Assalamu'alaikum


Alhamdulillah, berpindah jua akhirnya ke rumah baru. Tapi, rumah sewa pun belum clear lagi..banyak lagi barang² yang perlu disusun atur elok² sebelum dapat diangkut ke dalam kereta. Kertas-kertas la yang banyak sangat tu. Sebelum pulangkan kunci rumah pun kena la sapu habuk² yang tebal² di bekas letak perabot² yang melekat kat dinding sebelum ni. Rumah baru pun wiring n plumbing pun belum selesai sepenuhnya proses baik pulih. Sikit-sikit je tinggal. Sinki yang bocor, sinki yg tersumbat.. Kabinet dapur pun belum pasang, makanya proses memasak memang tidak akan berlangsung dalam waktu terdekat ini..hehe..dapur gas pun masih berada di rumah sewa..tong gas je yang diangkut lori Sabtu lepas.

Semalam bercuti, dapat kemas sikit la sangat. Ada anak kecik ni kena ikut masa dia la..dia tidur baru la boleh buat kerja. Harini datang kerja dalam keadaan kurang bermaya. Keletihan terpamer di muka..Bertambah tak bermaya jadinya bila teman sepejabat bercerita bab bonus..harus bersyukur, walau tak sebanyak mana, sekurang-kurangnya dapat kan..itulah rezeki di bulan April ini..

Pagi tadi 1st day 'Umair dihantar ke Taska Ibu A.N.A. Aku sebut sekolah, bagi dia semangat sikit nak ke sana. Masa bawa, Ummi dan Abi duduk sekali dengan dia, riak wajah maintain lagi. Bila ummi nak balik, dia dah mula berpaut kuat dan kata takut..takut. Kesiannya..tapi terpaksa juga melarikan diri meninggalkan anak teruna tu..huhu. Meraung kesedihan la dia.. Tebalkan telinga dan tabahkan hati je la sebab aku pun sedih jugak..huwaaa... Husna lain pula ceritanya..seeeengih manjang. Ye la, baru 3 bulan..adik tak kessahh..

Hari ni betul-betul mengantuk, letih sungguh. Nak kena singgah rumah sewa ambil apa-apa barang yang nak pakai. Ntah bila nak habis kemas ni..yang pasti, Jumaat ni kena pulangkan kunci..aduhai..nak apply cuti pun tak boleh dah minggu ni..uhuk..

Posmen naik gaji

Salam ceria :)


Bercakap tentang posmen. Kadang aku rasa aku ni sedih tak bertempat pulak. Kadang-kadang la..hehe. Nampak posmen hantar surat tengah panas pun boleh sebak.. Bila nampak orang bekerja bersungguh-sungguh, ditambah pulak bila nampak payahnya mereka bekerja..pun boleh sebak. Simpton penyakit apakah ini?hehe. Tapi kadang-kadang je la ye..

Tadi tengahari ada majlis Sinar Zuhur kat surau tingkat 7 ni ha. Ustaz Mohd. Zainuddin bin Abu Bakar penceramah hari ni beritahu yang ada para posmen yang datang cerita sendiri kat dia, mereka weekend je kerja parttime. Macam-macam kerja..katering, jadi bartender pun ada..nauzubillah. Mana tak nya, dengan RM610 tu, lebih-lebih lagi hidup di KL ni, memang x cukup. Patut la aku sedih kot bila tengok posmen..padahal baru je tau yang gaji diorang RM610 tu..uhu..hehe.

Posmen dan kerani pos confirm gaji naik berkuatkuasa bulan 7 ni. Aku harap gaji aku pun naik la juga. Naik banyak-banyak ye..saaaayanggg Pos Malaysia..(kalau naik gaji la..haha).

OKlah, buat kerja..pekerja rajin ni..nge..rajin mengulo..

Wassalam.


Belum biasa


Assalamu'alaikum

Baru nak masuk minggu kedua aku masuk semula bekerja. Dulu, 'Umair dah 10 bulan baru bekerjaya. Masa tu pun dia dah tak menyusu badan. Kiranya kali ni macam-macam pengalaman baru diperoleh. Macam-macam perkara baru perlu dipelajari. Kepala pun boleh kata hari-hari pening..hehe. Ntah kenapa, lepas bersalin ni asyik pening kepala. Cukup tidur pun pening, tak cukup apatah lagi. Tidur tak berkualiti gamaknya walau tempoh masanya lama..ntah la.

Aku macam masih cuba membiasakan diri dengan hadirnya anak kecik ni. Dalam kesibukan bekerja, layan ragamnya, tangisnya. Banyak bezanya menjaga 'Umair berbanding Husna ni. 'Umair jarang menangis masa masih bayi. Dah besar baru suka nangis..haha. Husna ni kadang-kadang kalau dia dah berjaga, dia susah nk tidur balik, nak berdukung macam budak besar, nak dukung duduk..tak nak pangku-pangku, padahal leher belum kuat lagi. Cabaran mengasuh anak kedua..heh..sebab abangnya dah mudah nak jaga, so agaknya Husna ni kena la mencabar pulak kot.

Apa-apa pun, Ummi sayang Husna dan abg long. Kadang terbebel la kat abg long bila dia nak macam-macam time Ummi penat melayan Husna. Asyik la tanya Ummi sayang dia ke tak..sayang la nak..tp Ummi penat..huhu. Abi jarang ada kat rumah sebab sibuk belajar untuk peperiksaan bulan 4 nanti. Belajarlah..agar lulus cemerlang nanti.

Harap aku sentiasa tabah dalam mengasuh dan mendidik anak-anak. Bukan apa, bila dah penat ni cepat je nak marah. Susah betul nak control. Fuh..fuh..

OKlah, buat tatapan..sekeping je la dulu..ni je yang ada. Pakai kamera telefon. Bateri digicam dah tak power..

Husna


Salam Kembali

Assalamu'alaikum


Hari ni masuk hari ke3 aku masuk kerja semula. Seronoknya bercuti 2 bulan dan gajipun jalan..hehe. nak sambung cuti je hati ni tapi mengenangkan ada hutang besar yang perlu dibayar bulan-bulan..maka dilupan niat suci murniku itu..huhu.

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.35kg di hospital Selayang pada 21 Januari lalu, jam 12:12 AM. Cantik tak time nya?hehe.. Tak lama duduk dalam labour room, tak sampai setengah jam rasanya. Sebelum asar dah mula sakit pinggang segala, tapi macam tak syak pulak itu kesakitan untuk bersalin, sebab masa bersalinkan 'Umair dulu, tandanya lain. So, buat tak tau sampai la dah pukul 9:30mlm, tergerak hati nak call kakak..maka kakak telah mengarahkan agar segera ke hospital. Tok tek tok tek (tak tahu la bahasa apa ni..hehe) sampai la ke hospital dekat pukul 11mlm (+-15minit je jarak hospital dari rumah). Terus masuk bilik check up, bukaan dah pun 7cm. Makanya bila graf jantung baby stabil, baru nurse tolak masuk labour room. Tak sampai setengah jam, alhamdulillah selamat. Banyak kisah kelam-kabut dalam labour room tu, tapi tak payah taip kt sini la. Ramai (?) baca nanti..eheh.

Anak ke2 ni namanya HUSNA. Jenuh memilih nama sampai kena denda lewat mendaftar. Gambarnya nanti la..digicam ada, tapi baterinya dah kong. Kena beli bateri GP jugak gayanya ni..

OKlah, back to work la..office hour ni..eheh.

wassalam.

Nak cuti awal

Assalamu'alaikum


Bolehkah? boleh ke nak cuti awal ni.. Seminggu ni dah mula rasa x larat. kemuncak x laratnya semalam la..angin 1 badan..baring mengiring di atas tilam tebal je rasa selesa SIKIT..baring atas lantai x boleh..menelentang x boleh..berjalan pun ala-ala menahan sakit. xtau nak spesifikkn sakit kat mana. Kadang bwh perut, kadang kat dada. Rasa tercekik pun iye.. Tak ingat pulak dulu masa mengandungkan 'Umair, simpton macam ni jugakkah? Dalam seminggu ni pun bila terjaga tgh malam je soosah nak tidur balik..sebab perut rasa sangat tak selesa..x reti nak cerita mcm mana..yang pasti nak cootiiiii!!!!

Plannya 21hb ni baru nak cuti..tp macam nak awalkan 18hb..tp macam nak awalkn lagi plk..rs nk cuti esok je..huhu. Tapi..cuti thn lepas ada baki 3 hari je..nk mintak MC boleh ke ye?camne cara? Doktor nak bagi ke..uhu..

In case x boleh cuti..(mcm x boleh la esok sbb keje blm siap..)

"Jangan minta diringankan beban tanggungan, tetapi mintalah supaya dikuatkan tulang-temulang dan urat sarafmu untuk menanggung segala beban."

(Petikan kata siapa..lupa..)

Wassalam.

Di mana kan ku cari..

Assalamu'alaikum


Kandungan dah 35 minggu usianya. Ikutkan tak nak peningkan kepala, bercadang nak bersalin di GH je..HKL ke..Selayang ke..Teluk Intan ke..Temerloh ke..hehe.. Tapi tiada jaminan untuk dapatkan perkhidmatan doktor wanita Islam, walaupun di HKL tu memang ramai doktor wanita.. tapi mana tau nasib tak baik, tiba masa kita nak bersalin, doktor lelaki pulak yang bertugas..huwaaa!!!!

Oleh yang demikian, weekend baru ni dah pergi survey 3 Pusat Perubatan. Pusat Perubatan Gombak, Pusat Perubatan KOHILAL dan Pusat Perubatan Naluri. Rate ke3-3 tu lebih kurang je. Tapi kalau ada komplikasi jenuh la x boleh claim. Sekarang ni dok rasa nak pergi GH je..tp tu lah..huhu..tiada jaminan untuk dapatkan doktor wanita..uhu..

Bukan pening apa sekarang ni..pening prosedur nak claim nanti. Belum tentu boleh dapat full claim. Kalau ada komplikasi pulak, private clinic akan hantar ke GH jugak. Tapi setakat ni alhamdulillah kandungan tiada masalah. Semoga Allah memudahkan segalanya nanti..ameen..

:. x paham sangat bab claim dengan PMCare ni..tanya HR diorg pun failed..huhu

Minum air gula, larat on and off

Assalamu'alaikum.


Semalam buat ujian yg kena minum air gula tu kali ke2..mgg ni dh 34 minggu. So, malam tu kena puasa start daripada jam 10 mlm..pukul 9 pg esoknya baru boleh minum..tu pun minum air gula perisa oren lepas darah kena ambik. Bertenaga lagi time tu. Lepas ambik darah, terus minum air gula pastu kena tunggu 2 jam untuk darah diambil kali ke2. Jam 10 pg tu dah rasa x larat, terketar-ketar..pegang majalah pun macam x mampu..so plan nak EL je la semalam (sbb MC utk thn ni dah habis.. :p).

Tapi, lepas nurse ambik darah pukul 11 tu rasa bertenaga kembali, makanya cancel la EL..sayang cuti wo, kalau cuti banyk boleh bawa ke tahun depan dan digunakan untuk apply cuti awal bersalin..cadangnya la. So p la jugak keje smlm naik bas. Dah naik bas, dpt tempat duduk x selesa dengan x dapat aircondnya..berpeluh². Jamm pulak tu..sejam baru sampai ofis..penatnya. Rasa nak termuntah pun ada.. Rasa menyesal sebab x cuti je..huhu. Samapi ofis, bukak PC, pastu p surau baring..lega la sangatnya..

Sampai ke malam rasa x larat tu belum pulih, so lepas solat Isya', sebelum jam 9 dah tidur..kesian 'Umair. Abinya bagitau pagi tadi yang semalam dia mencebik dan tersedu-sedan kt tepi bilik. Adakah dia panggil umminya dan umminya tak dengar?x pasti la sbb mcm tidur mati je mlm tadi dalam kebuluran. Nak makan pun x lalu sbb x larat la sangatnya.. Sori ye 'Umair..ummi x sengaja terpengsan awal.. Abi dah tanya kenapa sedih, tp dia x jawab pun..sebab ummi x layan la tu kot..huhu..




Bangun pagi tadi alhamdulillah dah kembali bertenaga cumanya sangatlah laparnya sbb x makan apa malam tadi.

Balik ni insyaallah ummi qada' la main dengan 'Umair ye. harapnya larat la..dah sarat² ni normal la cepat mengah..hehe..

sekian cerita..TQ..

wassalam.

Adakah kerana pulut?

Assalamua'laikum

Harini, lepas lunch tadi terasa sakit otot sebelah kanan ni. Sesuatu yang normal otot sebelah kanan dari pinggul ke bawah ni sakit-sakit. Sukar nak berjalan. Nak ruku' dan sujud juga terasa sakitnya. Tapi kebiasaannya sakit menjelma pada malam hari. Pada perkiraan aku, mungkin lenguh sebab seharian duduk di kerusi pejabat yang walaupun empuk, kemudian hampir setengah jam jugak jadi pembonceng motosikal, adalah penyebab kepada datangnya lenguh itu. Tapi harini, rasanya sebab makan pulut durian tadi kot. Mungkin kah? Aku memang tak boleh makan banyak pulut, angin..mulala rasa tak sedap perut, tapi kali ni makan pulut sebabkan sakit ototkah?

Perut tak besar mana, tak rasa membawa membawa badan yang berat pun. Cuma bila duduk rasa tak selesa ..tak boleh membongkok macam selalu..eheh..kena tegakkan badan sokmo. Nak bes bersandar atau berbaring la kan. Tapi ni kan kat pejabat, nak kena jeling asik bersandar 24 jam???eheheh..

Adeh, sakit otot datang, kena stop menaip.. (macam jari pulak yang sakit.. :p)

jumpa lagi..

Air gula

Assalamua'alikum

Lamanyaaaa tak update. Cerita banyak tapi mood mengarang kureng..huhu.

Semalam p buat monthly check up kat KKIA Gombak Setia, berat badan naik berlebihan daripada sepatutnya. Sebelum ni catatatn berat dah merah sebab naik 3kg dalam masa 4 mgg (yg mana sepatutnya 0.5kg je seminggu). Semalam pulak naik 3.5kg dalam masa 3 minggu.. Akibatnya next 2 weeks I kena minum air gula la untuk buat ujian apa ke namanya. Nak cek sama ada menghidap kencing manis atau tidak..hopefully tidak lah ye..

Kandungan dah 28 minggu ++..6 bulan setengah la kiranya. InsyaAllah x sampai 3 bulan lagi dapatlah 'Umair adik :).

Doakan yang terbaik buatku ye.. :) amin.. TQ.

Jumpa lagi di lain tulisan..eheh..

*xtau bila..

wassalam.

Uniknya kejadian buah kurma

Subject: Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar

sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling
rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul
tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan
herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,
Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada
bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan
kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh
digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t
pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi
dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk
kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.


p/s: source from email. rsnya dr majalah ANIS. majalah ANIS slalu ada kisah psl pengalaman bersama Pak Long ni..

Khabar Terkini

Assalamu'alaikum

Hehe..ntah nak taip tajuk apa..nge.. lama x update, hampir terlupa password nak login.

23 Julai, aku masuk kerja semula setelah sebulan bercuti tanpa gaji. Alasan yang diberi ketika mohon cuti, aku mengandung beberapa minggu, baru lepas keguguran hujung Januari, Jalan Gombak yang sedang dalam proses melebarkan jalan (so naik moto terlompat-lompat, terhentak-hentak) dan keperluan mendukung anak untuk di hantar ke rumah pengasuh - membolehkan cutiku diluluskan. Alhamdulillah..

Ni bila kembali bekerja, dah beberapa minggu ni, masih ada yang bertanya sama ada aku mampu atau tidak, larat ke, boleh ke buat kerja..hehe..terharu pun ada. Sebenarnya rasa OK je. Kali ni alahan x macam masa mengandungkan 'Umair dulu. Jarang muntah, cuma selalu rasa x sedap perut. Tapi alhamdulillah sekarang macam dah berkurangan. Cuma nak tidur malam, sebelum dapat lelap tu, bangun duduk 2-3 kali la juga sebab terasa ada angin sendawa nak keluar, kalau baring x terkeluar angin tu..hehe..

Sekarang ni suami dah start ambik kelas sarjana, so hari Selasa dan Rabu aku kena balik sendiri. Setakat ni tumpang kawan sampai Batu 5, then aku ambik bas smpai Batu 6. Belum tau nak balik sendiri dari tempat kerja. Tapi in case kawan tu tak ada, pandai-pandai la terpacak depan CM tu tunggu bas. Nak naik LRT takde selera..huhu..STAR tahan lagi..tapi PUTRA..surrender makcik..uh..

Oklah, sekadar update je la. Kalau sesiapa tahu ada jwtn kosong IT under kerajaan negeri atau agensi kerajaan ke kt belah pantai timur, sila inform ye. Intai-intai peluang nak berhijrah keluar dari Lembah Klang ni..semput..hehe

OK, sekian, wassalam. ;)

Kereta Polis

Assalamu'alaikum

Lamaaa x update. Banyakkk cerita tapi ala-ala tiada masa gitu nak menaip di sini..hehe.

Aku dah start rasa serabut pulak dengan keje. Bila SPA nk paggil interview ni. Cheewahh.. macam la kalau keje gomen nanti otak tak serabut.. iye..iye je.. :p. Tapi memang rasa rimas sikit. Tahap kesihtan pun kurang memuaskan 2-3 mgg ni. 2 mgg lepas baru MC. Rasa nak MC lagi. Sakit kepala la..huhu. Badan pun demam sejuk ni.

Nak cerita pasal kereta peronda polis yang baru. Tadi terrnampak kat gerai makan belakang Istana Budaya. Nampak sporty pulak..(mata aku la).. Mitsubishi Evolution kata suamiku..aku tak pandai la bab kereta. Kereta Proton aku kenal la..haha.. Banyak buah juga polis pakaikan..alasannya sebab penjenayah sekarang pakai kereta lagi power daripada kereta polis. Tak terkejar polis para penjenayah itu..

Bacalah sini. Kelakar baca posting budak ni. Gambar pun ada.

OKlah..nak layan sakit kepala..uhu..nk titun

Adobe Photoshop

Assalamu'alaikum

Aku sekarang ni dah kembali musim melayan photoshop. Memang daripada zaman study dulu suka benar godek² photoshop ni. Tapi sesudah berumah tangga dan mempunyai anak ni, masa agak terhad untuk diperuntukkan melayan minat ni. Bila start mengadap bukan boleh sejam dua, tak lengkap hasil. Nak juga punya pasal, skali mengadap boleh la dapat 2-3 layer..OKlah daripada tak terhasil layer lagsung dak...hehe.

Semalam ke Pesta Buku Antarabangsa 2009 di PWTC. Tak habis berjalan pun..dengan 'Umair yang kebocoran sebab Ummu 'Umair lupa nak cek dan ganti Huggies dia yang dah penuh tu..huhu. Leka membelek buku..hmm. Beli la satu buku Photoshop bahasa melayu. Tolak diskaun dapat la +-RM31. Nak beli yang terbitan overseas mahai bebeno..semput duit sekarang ni nak membelinya.

Semalam pulak Abu 'Umair terperasan buku khas Majaah PC tentang Koleksi Teknik Photoshop Majalah PC. Apalagi, beli la..98 mukasurat je, RM10. Baru selak-selak, nampak menarik. Harap ada masa untuk mempraktikkannya. Ada projek nak buat ni, menambah pendapatan. Harap Allah permudahkan segalanya. Ameenn..

Kalau korang rajin n minat Photoshop, dan dalam proses mengajar aka belum terror tahap tak terror aku ni, boleh la dapatkan Majalah PC di kedai runcit (tu pun kalau kedai tu jual majalah la..).

OK, kalau ada hasilnya nanti, I'll show off here..ekeke..

Wassalam.

Pancit

Assalamu'alaikum

Sungguh tidak kuduga akan mengalami pengalaman tayar moto pancit. Tapi moto suami la, dan suami yag menunggangnya. Aku pembonceng cuma..

Lewat petang semalam, dalam renyai-renyai hujan, kami meredah seperti biasa dari office ku menuju ke Gombak lah. Moto yang OK sebelum tu tiba-tiba di bulatan Bank Negara tu pancit habis. Memang tak boleh nak bawa..dah lari arah..nak ke depan, tapi arah jadi senget ke kiri. ada sebiji MPV hampir nak terlanggar kami, syukur tiada apa-apa berlaku sebab jammed di situ, makanya kereta tak berapa laju.

Maka turunlah aku berjalan merentasi roundabout tu sementara suamiku pelan-pelan menunggang motosikal sehingga di depan pintu pagar Bank Negara. Lega sebab di tiang elektrik berhampiran terdapat banyak iklan taya pancit/tukar tiub. So aku called lah salah satu nombor di situ. Janjinya 20 minit sampai, lps menanti 10 minit, berhenti seorang lelaki India yang sedang menunggang motosikal. Dia juga menyediakan servis menukar tiub. Takut yang dinanti tak kunjung tiba, aku lalu menelefon nombor pertama tadi. Huh..dia siap boleh minta aku call nombor yang lain pulak. Kenapa la tak call bagitau kalau tak boleh nak datang. Kesian kami yang menunggu. Nasib baik la Mr Gopal tu lalu. Kalau tak bertinggung lama la kami di tepi jalan tu dalam kesejukkan..huhu.

OKlah tu..RM28 je. Dekat 8:30 malam baru sampai rumah. Sebelum tu ambil 'Umair dulu. Sian dia.. Letih betul kami semalam..

Sekian cerita..eheh.

Mengusutkan fikiran

Assalamu'alaikum

Semenjak 2 menjak ni tak putus-putus memikirkan macam mana nak jadi senang. Hmm..bukan senang nak jadi senang, tapi tidaklah susah untuk mendapat susah.

Berfikir dan terus berfikir..nampaknya jalan yang ada memang bukan jalan yang singkat. Kecualilah nasib korang baik. Menang peraduan Power Root ke..Petronas ke..kan..yang hadiah wang tunai nya sangat lah best.

Kesimpulannya semuanya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. Tension betul tatkala memikirkan bab ni. Kadang-kadang macam terlupa nak bersyukur di atas segala nikmat yang sedang dikecapi ni. Rasa diri susah, tak boleh goyang kaki, tak boleh nak menyimpan/membeli aset disebabkan hutang yang belum dilangsaikan..hmm. Suami cakap kalau tak fikir takde lah tension..so tak payah fikir..eheh.

Tak tahu la kenapa asyik nak berfikir tentang kesenangan. Fitrah manusia barangkali..kan? kaya belum tentu bahagia pun. Bahagia itu pun sesuatu yang subjektif. Orang kata kita bahagia, tapi kita tak rasa macamtu pun. Ada orang yang fikir kita menderita, padahal kita dah cukup bahagia. Mungkin juga kebahagian itu banyak bergantung kepada bagaimana kita menghadapi dan menikmati kehidupan kita.

Apa yang penting bagi kita sebagai hamba Allah ni, biar dalam keadaan hidup yang macam mana pun, senang atau susah, bahagia atau menderita, sihat atau sakit, apa yang kita dambakan adalah keredhaan Allah juga. Kita rasa bahagia, sihat, senang hati, kaya-raya, tapi Allah tak redha, bersenanglah seketika di dunia ini..dan kemudian menderita lah pulak di alam abadi.

Bila masa-masa kusut otak fikir nak jadi kaya, selalu ingatkan diri tentang ayat-ayat di atas. tapi kemudian tetap terfikir juga.. nak buat camno tu..?hehe..

Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil 'akhirati hasanah, waqina 'adhaban-nar
Ya Allah, aku harap dapat hidup senang, tenang perasaan, tak kusut fikiran, tak banyak masalah, mampu hadapi setiap cabaran dan dugaan yang mendatang. Mampu meyumbang sesuatu di jalanMu. Yang penting Engkau redha dengan setiap apa yang aku lakukan. Jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur Ya Allah.

Ameen..Ya Rabbal Alamin..