Khabar Terkini

Assalamu'alaikum

Hehe..ntah nak taip tajuk apa..nge.. lama x update, hampir terlupa password nak login.

23 Julai, aku masuk kerja semula setelah sebulan bercuti tanpa gaji. Alasan yang diberi ketika mohon cuti, aku mengandung beberapa minggu, baru lepas keguguran hujung Januari, Jalan Gombak yang sedang dalam proses melebarkan jalan (so naik moto terlompat-lompat, terhentak-hentak) dan keperluan mendukung anak untuk di hantar ke rumah pengasuh - membolehkan cutiku diluluskan. Alhamdulillah..

Ni bila kembali bekerja, dah beberapa minggu ni, masih ada yang bertanya sama ada aku mampu atau tidak, larat ke, boleh ke buat kerja..hehe..terharu pun ada. Sebenarnya rasa OK je. Kali ni alahan x macam masa mengandungkan 'Umair dulu. Jarang muntah, cuma selalu rasa x sedap perut. Tapi alhamdulillah sekarang macam dah berkurangan. Cuma nak tidur malam, sebelum dapat lelap tu, bangun duduk 2-3 kali la juga sebab terasa ada angin sendawa nak keluar, kalau baring x terkeluar angin tu..hehe..

Sekarang ni suami dah start ambik kelas sarjana, so hari Selasa dan Rabu aku kena balik sendiri. Setakat ni tumpang kawan sampai Batu 5, then aku ambik bas smpai Batu 6. Belum tau nak balik sendiri dari tempat kerja. Tapi in case kawan tu tak ada, pandai-pandai la terpacak depan CM tu tunggu bas. Nak naik LRT takde selera..huhu..STAR tahan lagi..tapi PUTRA..surrender makcik..uh..

Oklah, sekadar update je la. Kalau sesiapa tahu ada jwtn kosong IT under kerajaan negeri atau agensi kerajaan ke kt belah pantai timur, sila inform ye. Intai-intai peluang nak berhijrah keluar dari Lembah Klang ni..semput..hehe

OK, sekian, wassalam. ;)

2 Response to "Khabar Terkini"

  1. Zampeada says:
    9:35 AM

    berita SPA --> gagal... hehehe... mase interbiu tu cam tak di interbiu je... ala2 diorang yg byk cakap... 15 menit kedian aku dah kuar... sah2 dah ada calon yg diorang dpt kan... panggil interbiu tu saja utk memeriahkan acara majlis.

  2. Asma says:
    10:12 AM

    hmm..sosah beno nk lulus ye. suamiku pun x lepas. soklan teknikal sume leh jawab, tp itvwer SPA tu mcm x bekenan sbb dh kije agensi gomen, tp apply jwtn yg sama. msa itvw tu pun actually dia dh kasi hint mcm x mo amik..xpela, belum rezki d situ lagi. sabau na..