Mengusutkan fikiran

Assalamu'alaikum

Semenjak 2 menjak ni tak putus-putus memikirkan macam mana nak jadi senang. Hmm..bukan senang nak jadi senang, tapi tidaklah susah untuk mendapat susah.

Berfikir dan terus berfikir..nampaknya jalan yang ada memang bukan jalan yang singkat. Kecualilah nasib korang baik. Menang peraduan Power Root ke..Petronas ke..kan..yang hadiah wang tunai nya sangat lah best.

Kesimpulannya semuanya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. Tension betul tatkala memikirkan bab ni. Kadang-kadang macam terlupa nak bersyukur di atas segala nikmat yang sedang dikecapi ni. Rasa diri susah, tak boleh goyang kaki, tak boleh nak menyimpan/membeli aset disebabkan hutang yang belum dilangsaikan..hmm. Suami cakap kalau tak fikir takde lah tension..so tak payah fikir..eheh.

Tak tahu la kenapa asyik nak berfikir tentang kesenangan. Fitrah manusia barangkali..kan? kaya belum tentu bahagia pun. Bahagia itu pun sesuatu yang subjektif. Orang kata kita bahagia, tapi kita tak rasa macamtu pun. Ada orang yang fikir kita menderita, padahal kita dah cukup bahagia. Mungkin juga kebahagian itu banyak bergantung kepada bagaimana kita menghadapi dan menikmati kehidupan kita.

Apa yang penting bagi kita sebagai hamba Allah ni, biar dalam keadaan hidup yang macam mana pun, senang atau susah, bahagia atau menderita, sihat atau sakit, apa yang kita dambakan adalah keredhaan Allah juga. Kita rasa bahagia, sihat, senang hati, kaya-raya, tapi Allah tak redha, bersenanglah seketika di dunia ini..dan kemudian menderita lah pulak di alam abadi.

Bila masa-masa kusut otak fikir nak jadi kaya, selalu ingatkan diri tentang ayat-ayat di atas. tapi kemudian tetap terfikir juga.. nak buat camno tu..?hehe..

Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil 'akhirati hasanah, waqina 'adhaban-nar
Ya Allah, aku harap dapat hidup senang, tenang perasaan, tak kusut fikiran, tak banyak masalah, mampu hadapi setiap cabaran dan dugaan yang mendatang. Mampu meyumbang sesuatu di jalanMu. Yang penting Engkau redha dengan setiap apa yang aku lakukan. Jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur Ya Allah.

Ameen..Ya Rabbal Alamin..

4 Response to "Mengusutkan fikiran"

  1. onjoy says:
    5:02 PM

    Usaha untuk kesenangan bukan petanda yang kita tidak atau kurang bersyukur, sebaliknya tetap kan prioriti untuk senang atau kaya di jalan Nya. Usaha akan lebih mudah dan sgt berkat.

  2. Asma says:
    5:53 PM

    setuju.kena fikir-fikir jugak caranya ni.

  3. umi_sofea says:
    7:14 AM

    Salam.Jadi kaya tak semestinya bahagia..Setuju sgt dgn ayat tu. Ada org kaya tapi tetap kurang sesuatu. Ada org kaya tapi tak dapat anak. Ada org ramai anak tapi miskin harta. Pendek kata, semuanya sempurna mengikut aturan Allah. Cuma kita yg berhak nak menentukan arah hidup dengan berusaha bukan merungut. Kita kurang duit tapi bila fikir2 mesti kita ada lebihnya. Lebih tang bahagia barangkali...

  4. nahwanz Says:
    10:39 AM

    salam.

    senang tak semestinya pada harta. rezeki juga bukan pada harta saja. ILMU YANG DIAMALKAN adalah harta dan rezeki paling berharga yg mampu menjaga kita, dunia dan akhirat.

    usaha perlu..tapi qanaah kena selalu ada. inshaa-allah.