Tolong Orang

Assalamu'alaikum

Aku nak bercerita skit tentang pengalaman balik kerja semalam. Ketika aku sedang menuju ke eskalator stesen LRT Pasar Seni..dari kejauhan aku nmpak sekumpulan peniaga (yg dikenalpasti xde lesen peniagaan sah) kt kaki lima sekitar eskalator. Aku rasa ni kes penguatkuasa DBKL datang serbu la kot. Situasi yang sama selalu dapat dilihat ketika aku transit LRT Putra ke LRT Star di Masjid Jamek. Tapi situasi semalam ada tambahannya. Di kaki tangga ku lihat seorang abg (xpasti org Malaysia atau Indonesia kerana serumpun kn..heh) berdarah sedikit di tangan tapi mulutnya dipenuhi darah..aduh..aduh.. tetiba gear berjalanku terus bertukar ke gear satu.. berniat nak p menolong abg tersebut, dengan bertanya dan memberi tisu tetapi terbantut atas sebab-sebab yang akan dinyatakan dibawah nanti. Kasihan abg tersebut. Tiada sesiapa kulihat membantunya..mungkin mereka tahu apa yang berlaku.. Tapi serkap jarangku..abg itu terjatuh mungkin ketika berlari menyorong gerai berodanya.. atau.. adakah beliau bertumbuk? ntah la.. tp nak kata jatuh pulak..mcm teruk sgt pendarahannya.. hanya Allah yang tahu..juge mereka² yang terlihat apa yang berlaku.

Kenapa aku x tolong? ..sebab dalam pada wujud rasa simpati pun masih su'uzon (bersangka tidak baik). Apa dipikiran:

  • Abg tu lelaki..dh abg mestila lelaki..ceh.. Aku cm takot+waspada.
  • Nanti abg tu ngamok sbb aku sibok².
  • dll.. (lupa..)
Ekceli aku rasa banyak kes² org² yang berniat ingin membantu tetapi x dapat menghilangkan perasaan su'uzon ituh. Manakan tidak, melihat kepada situasi zaman sekarang.. terlalu ramai org yang tidak boleh dipercayai..buat baik tidak semestinya di balas baik selagi mana manusia namanya. Cuba lihat laporan berita di akhbar² tempatan dan televisyen.. terlalu banyak kes-kes pukau, santau, penipuan, samun berkereta.. macam² boleh berlaku walau asal niat kita adalah baik. Nak tolong pemandu yang keretanya rosak, disamun..nak mendengar penjual mempromosi barang, dipukau dan lain-lain. Jadi nak salahkan sesiapa.. bukan niat x mau membantu..tp takut keselamatan diri pulak terkorban.

Dalam kes menolong orang ni..mcm² jenis pertolongan. Satu contoh.. kat hentian stesen taman Melati tuh..selalu terlihat orang buta turun naik tren. Kadang² dalam ramai-ramai agaknya xde siapa terpandang kelibat mereka lalu mereka dibiarkan berjalan sendiri. Maka terlanggar tiang lah mereka. Aku pulak sering melihat mereka dari jauh semata-mata..mengharapkan agar ada yg membantu.. boleh takkkkk...isk..isk.. alasannya sbb mereka LELAKI..huhu..biar lah org lelaki yang tolong pimpin. Kecuali xde orang..insyaAllah aku akan membantu. Harap mereka memahami..

Sebagai seorang muslimah yang berusaha menjaga mana yang boleh.. kadang-kadang perkara sebegini asik berlegar-legar dipikiran. Dan aku telah pun membuat kesimpulan bahawasanya aku memang wajib membantu sekiranya tiada insan lain yang membantu dengan syarat aku wajib menjaga mana yang perlu. At least aku akan panggil seorang lelaki sekiranya ada di sekitar dan memintanya memimpin OKU tersebut. Tapi biasanya kalo untuk melintas jalan.. aku pimpin je diorg. Ini hanya terhad kepada org buta. Kes lain masih banyak pertimbangan lain perlu difikirkan.

Banyak nak cerita psl tolong orang ni..tp panjang pulak nak menaip. Lagi pulak ada kerja menanti. Tapi diakui memang di zaman serba moden ini, perikemanusian itu semakin kurang. Ramai yang mementingkan diri sendiri atau mungkin juga niat membantu itu ada, tapi perasaan waspada yang wujud membantutkan segala niat. Kita hanya akan membantu orang² yang dikenali sahaja atas sebab-sebab keselamatan wlopun tetap ada yang tdk boleh dipercayai..hehe.

Sekian entry hari ni.

Wassalam.

1 Response to "Tolong Orang"

  1. Zampeada says:
    6:57 AM

    klu nak tolong... tolong je. nanti rasa bersalah teringat-ingat. tapi tuh lah kena tgk jugaklah. klu cam meragukan tuh... larik lar cepat2