# Kenapa Redha Allah tdk tercapai?

Salam keharmonian.. :)

Kali ni nk berkongsi skit ar ttg 'redha'..
kenapa redha Allah tdk tercapai..ni dlm konteks menuntut ilmu..
means..nape wlopun kita blajar ilmu² yg baek..tp pyh utk kita beramal dgn ilmu itu..??

Para penuntut ilmu sering berada di dua persimpangan. Bg mereka yg berada di landasannya, insyaAllah ilmu yg dituntutnya itu bakal menjadi 'highway' yg lurus dan terbentang luas yg menyampaiknnya ke tmn syurgawi. Alhamdulillah..

Cuma yg membimbangkn ialah apabila penuntut ilmu sdh tdk lg berada di landasan, adab dan disiplin ilmu. Mmg kita benar² bimbang. Lebih² lagi bila ilmu yg dituntut merupakan ilmu² teras yg septtnya membawa dan memandu kpd redha Allah s.w.t.

Tetapi knp ia tdk berlaku begitu? Kenapa dan mengapa redha Allah tdk tercapai? Bukan ilmu² itu yg menjadi puncanya krn sememangnya ilmu² td teramat mulia. Sebaliknya matlamat, misi dan visi penuntut itulah puncanya. Segalanya sudah tdk lagi murni. Maka ‘dlm sedar atau tdk’, matlamat² yg tdk krn redha Allah td sedang memacu ke arah kekusutan, kecelaruan dan kehinaan.

Sebagai penuntut ilmu..byk niat² yg tdk baik berselirat di dlm dada masing²..Niat² yg sepatutnya dibakulsampahkan. Nak digelar alim. Nak digelar bijak pandai. Nak menimbunkan harta. Segalanya kerana ‘habuan duniawi’ semata². Niat akhirat terus sepi dan ditolak ke tepi.

Sabda Nabi s.a.w

“Sesiapa yg menuntut ilmu dr jenis ilmu yg dikehendakinya keredhaan Allah, (kemudian) dia tdk mempelajarinya melainkan agar mendpt ‘habuan’ (mata benda) dunia, (maka) pd hari kiamat nnt, ia tdk akan memperolehi kebaikan syurga iaitu bau harumnya.”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Nauzubillah..semoga kita tdk tergolong dlm golongan ini..bau syurga pun tdk dpt dihidu, apalagi peluang utk masuk berseronok di dlmnya? Beginikah kesudahan penuntut ilmu setelah hati berbunga bangga mendpt sedikit sanjuangn dan pujian drp manusia di atas dunia sebagaimn yg diniatkannya.

Yg lebih keji drp itu ialah apabila ilmu (khasnya ilmu agama) dipergunakan utk berbantah-bantah di antara satu sama lain, dipergunakan utk menutup kelemahan diri atau dipergunakan utk memperbodohkan org lain. Semua unsur² sampah ini harus dinyahkan seandainya kita mahu redha Allah s.w.t.

Sabda Nabi s.a.w

“Sesiapa menuntut ilmu agar ia dpt bermegah (menyombong diri) dgn ilmu itu terhadap para ulama dan dpt berbantah-bantahan dgn ilmu itu terhadap org² bodoh, dan dpt memalingkan dgnnya wajah² manusia, maka Allah akan memasukkannya ked lm neraka Jahannam.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Nah..berapa ramai para penuntut ilmu yg masih mengikut peringatan Rasulullah s.a.w ini? Sungguh berani mengingkarinya..Tdk takutkah dicampakkn ke dlm neraka Jahannam?? Silakan..silakan terus²an mengabaikan peringatan drp Rasulullah s.a.w. jika rasa diri sudah cukup kebal..

Baginilah hasilnya bila ikhlas tdk dibawa bersama. Semuanya tiada nilai di sisi Allah krn telah berkali² Allah jelaskan bhw Dia hanya menerima amalan yg tulus, mulus dan tuntas kpd dan krn-Nya semata².

Ikhlas ni rahsia Allah..hanya Allah sahaja yg boleh menilai keikhlasan hambaNya. Diri kita sendiri pun tak akan tahu samada kita ikhlas atau tdk..

Muhasabah diri..ikhlaskah kita menuntut ilmu sekarang ni? Knp rs pyh sgt kita nk belajar..payah sgt nk habis belajar..Berkeluh kesah menuntut ilmu..rs mcm payah sgt ilmu² ni nk dihadam..jwpnnya ada pd kita. Mungkin niat kita x betul. Mungkin cara kita sedikit tersasar.. Mari kwn²..nilai semula di mn kita.. Mari betulkan mn yg salah..

**peringatan buat diriku jua yg selalu alpa..tepuk dada..tanya iman..di mn kita??

Note: dicedok, diedit, ditambah² dan diolah semula bg menyemarakkn lg hasil penulisan..hehe.. dr majalah ANIS April 2005.

0 Response to "# Kenapa Redha Allah tdk tercapai?"