Belum lulus lagi..

Assalamu'alaikum

Kecewa, sedih, sebak tak terkata bila aku cek result interview tengahari tadi. huwaa..masih belum mampu berjaya lagi diriku ini..huhu.. Tak tau le kenapa kali ni rasa kecewa sangat-sangat..mungkin sebab menaruh harapan yang sangat tinggi kot. 2x tak lepas sebelum ni, aku tidaklah sekecewa hari ini..tapi kali nih..uhu..

Alhamdulillah, tiba-tiba aku tersedar yang semestinya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat diriku. Mungkin aku tak sesuai menjawat jawatan Pegawai lagi.. atau ilmu yang aku ada sekarang masih belum cukup untuk aku memegang title 'Pegawai'. Atau kalau aku jadi Pegawai, nanti tereksen kat saudara mara ke..atau nanti aku boros dengan gaji yang agak banyak tu ke..atau..hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya bersangka baiklah dengan Allah.

InsyaAllah, walau diri ini sedih dengan kegagalan ini, aku tidak akan berputus asa mencuba, berusaha sehingga berjaya. Doakan aku ya sahabat.

"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Mu dan sentiasa redha dengan ketentuan-Mu." aminn...

3 Response to "Belum lulus lagi.."

  1. Anonymous Says:
    6:39 PM

    kisah puding kurma akak tu mengingatkan sy pd buku tautan hati karya fatimah syarha. kisah baitul muslim & bi'ah yg soleh utk mndidik anak.. hehe nampaknya 'umair dah ada peminat.. jeng jeng jeng...

    aa

  2. shaFriza says:
    7:24 AM

    Salam..sabaq naa puan asmah. InsyaALLAH ada rezeki tu. cuma kena usaha lebih lagi lah..

  3. Asma says:
    3:01 PM

    aa - peminat? siapakah?hehe
    shaf - salam shaf..ye le..km akan cuba lg tahun depan..huhu