Assalamu'alaikum
Terlebih dahulu ingin meluahkan ketensenan menaiki LRT ke tempat keje.. adeh..deh.. tensennya. Bila la akan berahernya penderitaan g keje naik LRT nih..huwaa..huwaa..
Hai kawan-kawan..2 mgg aku tak online. Buat pengetahuan semua, aku kena tahan masuk wad 5 hari woo..tu.. sbb tajuk kat atas tuh..huhu. Tak tersangka pulak dalam hidup ni yang aku telah menjadi salah seorang mangsa makhluk kecik tuh..hmm.. Sebelum tuh aku demam dulu.. agak teruk gk le. Seminggu sblm tu dh demam.. elok demam time weekend je. Weekdays je sihat walafiat..tak leh la apply MC kn. Hari Sabtu 25 Oct, tengahari tu aku start demam teruk. Dah le masa tu tinggal berduaan dengan 'Umair. Abu 'Umair daripada Jumaat attend kursus kat Awana Genting. Pas telan panadol, awal malam tu rasa cam dh kebah skit. Tapi bangun keesokan harinya panas balik badan nih. Aku macam dah syak je kena denggi. Sebab mgg lepas pun demam kejap-kejap gitu. Alhamdulillah 'Umair tak meragam sangat time Ummi nya tak sihat tu. Cuma pagi Ahad tu bangun² tido dia menangis mintak dukung..aku pun termenangis sebab kena dukung dia dalam keadaan lemah longlai tuh..hehe..boleh tak? :p
Akhirnya, pulang juga suami ku petang tu..lalu terus aku ajak g jumpa Doktor. Apa lagi kan, dh namanya demam, dpt la berbondol² panadol + ubat² lain. Doktor pesan habiskan antibiotik. Dalam 2 hari lagi tak baik demam, sila datang lagi nak buat ujian darah. Di pendekkan cerita maka demam lagi aku Rabu tuh walaupun hari Isnin dan Selasa, sihat je. Makanya setelah dicek, platelet cuma 77, so kena refer ke Hospital.. aku pun g la HKL malam tu. Cek platelet malam tu 110 pulak..masih di bawah 150, so sah kena denggi. Doktor HKL bg pilihan, nak masuk wad atau blk rumah, tp esok kena datang cek darah. Setelah berbincang dengan hubby, aku pun wat keputusan nk dok wad je la sebab dah lemah longlai. Dekat 2 hari ala-ala tak makan apa-apa.. sebab perut n tekak tak boleh nak terima. Muntah balik. Walaupun aku kesian kt hubby dan 'Umair.. tapi kalau x masuk wad, x tau la macammana nak merawat diri.. akhirnya.. malam 29 Oct, hari Rabu, bermulanya malam pertama tido dalam wad 23 HKL..uhu..
Hari Khamis Doktor bagitau, kalau tak demam hari ni, boleh discharge, tapi hari tu pulak demam mai.. sampai 39 darjah celcius..huhu. Hari Jumaat pulak Doktor kata kalau platelet naik, boleh discharge, tp hari tu dan hari Sabtu pun platelet turun. Tapi hari tu tak demam dah..masih tak boleh keluar wad. Tunggu punya tunggu, hari Ahad naik pun platelet ke 69 kot. Sebelum tuh 51 je. So, Doktor pun bagi balik. Lagipun wad 23 tu sesak bangat. Tak cukup katil sampai ramai yang terpaksa diletakkan atas troli je. Dengan keluarnya aku, maka salah sorang pesakit yang terpaksa tidur atas troli, dapat le tidur kat atas katil yang sedikit selesa.
Alhamdulillah, lega sangat dapat balik sebab tangan dah jd gemok gedempol kena drip. 24 jam air masuk..tangan pun dah montel-semontel-montelnya. Nak genggam pun tak boleh. Cincin pun tak boleh cabut, sampai kena mintak nurse sapukan sabun dan cabutkan..hehe.
Sekian la dulu informasi tentang aku yang telah mengidap demam denggi. Banyak nak cerita bab kat hospital ni. Tentang nurse, tentang pesakit, tentang persekitaran. InsyaAllah nanti cerita lagi.
Alhamdulillah semalam cek darah lagi, platelet dah 300+. Kiranya dah bebas denggi. Cuma liver function belum tau result, kat Klinik Kesihatan Taman Kenangan tuh tak ada mesin untuk cek liver function, kena tunggu 2 bulan lagi katanya.
OKlah, nanti sambung cerita.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Dengue fever with hepatitis"
Post a Comment