* dapat daripada seutus emel.. ;) mari berkongsi..
Assalamualaikum wrt
Kisah ini sering saya sebut dalam ceramah-ceramah yang saya sampaikan mahupun dalam kelas semasa kuliah Kejuruteraan Mekanikal yang saya ajar.
Ia mengisahkan seorang saintis yang asyik memerhatikan kepompong. Dia dapati si anak kupu-kupu bergelut untuk keluar dari kepompong. Atas sebab kesian, saintis tersebut memotong bucu kepompong untuk mengeluarkan si anak kupu-kupu itu tadi.
Anak kupu-kupu itu merangkak-rangkak. Kepaknya kecut dan badannya agak kecil. Saintis itu menunggu dengan harapan badannya akan membesar dan kepaknya akan mengembang. Sangkaannya meleset sekali kerana kupu-kupu itu cacat seumur hidup dan tidak dapat terbang.
Apa yang saintis itu tidak tahu, pergelutan itu suatu perencanaan Allah swt agar cecair dalam badannya mengalir keseluruh kepak, mengembangkan kepak tersebut dan memperkukuhkan binaannya.
Dalam hidup kita begitu juga - kekadang - pergelutan, perjuangan dan usaha gigih diperlukan agar kita berjaya dan kuat dalam menjalani hidup ini. Kalau Allah membiarkan hidup kita ini tanpa dugaan, cubaan dan pergelutan - kita akan gagal dalam kehidupan kita ini.
"Sometimes struggles are exactly what we need in our life. If Allah allowed us to go through life without obstacles, it would cripple us.We would not be as strong as we could have been.And... we would never fly."
Wassalam
Dr Hishamuddin Alham
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "# Kupu-kupu dan kita.."
Post a Comment