Hadith-hadith

Assalamu'alaikum

Aku ada beli (suami yang beli) 2 buah buku, jilid 1 dan jilid 2 tentang 'Hadith-hadith Palsu dan Lemah yang patut dijauhi dari beramal dan dijadikan Hujah', penulisnya, Ustaz Haji Ibrahim Mohd Raja. Terbitan An-NafaQah Enterprise. Sangat teringin nak berkongsi ilmu dengan pembaca blog yang ada la beberapa kerat ni kan.

Okey, muqaddimah dulu. Tak ambil semua..

Tidak semua hadith² yang diriwayatkan daripada Nabi S.A.W adalah soheh. Ada yang lemah (dhaif), bahkan ada yang palsu. Hal ini adalah disebabkan kerana kecacatan perawinya. Ada juga berpunca daripada gugurnya perawi dari sanad hadith.

Mengetahui kesohehan dan kedhaifan sesuatu hadith adalah perlu supaya kita tidak berhukum dan beramal dengan sesuatu yang tidak thabit daripada Nabi S.A.W.

Menurut pendapat Imam Yahya bin Ma'in (wafat 233H), Imam Al-Bukhari (wafat 256H), Imam Muslim (wafat 261H), dan Imam Ibnu Hazm (wafat 456H), tidak boleh beramal sama sekali dengan hadith dhaif (apa lagi palsu) dalam hukum hakam dan fadhail a'mal (keutamaan-keutamaan amalan).

Imam An-Nawawi di dalam Muqaddimah Syarah Sahih Muslim menyifatkan pendapat membolehkan beramal dengan hadith lemah dalam hukum hakam adalah tidak benar bahkan sangat keji.

Nanti aku taip pulak hadith-hadith yang lemah dan palsu tu di lain entry ye. Sekian.

Wassalam.

1 Response to "Hadith-hadith"

  1. Zampeada says:
    12:23 PM

    tunduk jap... muhasabah diri... ;)