Tadika 'Umair

Assalamu'alaikum


Semalam cuti, jaga Husna yang sakit mata. Ambilah kesempatan survey tadika untuk 'Umair. Mula-mula ke Tadika Khalifah Ilmu. Prinsipal takde, makanya penjaga situ bagi pamphlet dan contact no. je. 'Umair beria-ria sangat nak masuk tadika tu..nak tadika rama-rama katanya. Kemudian, kami pergi ke pejabat Sekolah Saidina Abu Bakar pulak. Petugas di situ telah explain kaedah pembelajaran serta silibus dengan cemerlangnya. Tertarik hati ini mendengarnya. Rasa nak sangat-sangat hantar 'Umair masuk tadika Saidina Abu Bakar tu..uhu..

Tapi..kosnya ntah mampu ke tidak. Mula masuk yuran RM1,450 termasuk yuran bagi bulan Januari dan November. Start Februari, baru bayar RM200 tiap-tiap bulan.. Masih berfikir-fikir mana nak korek duit ni. Lepas dah cukup duit (harap ada la rezki 'Umair), baru fikir macammana nak pujuk dia ke tadika tu..

Mampukah kami?? hmm..

8 Response to "Tadika 'Umair"

  1. Zampeada says:
    3:18 PM

    mahalnya!

  2. liwaniel says:
    10:56 PM

    mmg mahal tadika sekarang...genius aulad bulan2 rm 320 termasuk transport..huhuu..tengah fikir2 cukup ke nak bayar bulan2

  3. Asma says:
    10:55 AM

    mahal beno tu wani..mmg x mampu kita..mahai cmtu x jadi genius siap la..haha.. tetiba suami terpk kan PASTI. kitorng dh survey n rsnya nk hntar PASTI la..ikut kemampuan. n rsnya syllabus ok. PASTI harga lain2..kt Sri Gombak ni mula2 msk dkt 400, pastu bulan² 110 termasuk ngaji. transport lain la..dlm RM50 kot..

  4. Anonymous Says:
    11:22 PM

    Salam, asma sy ni tgh survey tadika utk anak sy yg berumur 4tahun 2012 ni, sy terbaca entry blog asma yg kebetulan cerita ttg tadika islam saidina abu bakar sri gombak. kebetulan td sy pun singgah di ofis sekolah tu dan di briefing oleh staff di sana, mmg best cara dia present ttg tadika tu sehingga sy sgt tertarik. By the way, anak asma jadi ke sekolah di tadika islam saidina abu bakar tu? kalau boleh sy nak tahu mcm mana kesan atau keberkesanan belajar di tadika tu?, tqvm..
    -asmawati, tmn harmonis gombak.

  5. Asma says:
    9:09 AM

    salam asmawati,

    kami x hantar pun 'Umair ke sana atas faktor kos. km hantar ke PASTI al-Ansar, seberang jln besar depan Pej. Sekolah Saidina Abu Bakar tu. RM110 + mengaji bulan². Yuran daftar dlm RM400+-. 4 thn diorg ambik ye?x perasan plk..PASTI al-Ansar tu x ambil dh yg umur 4 thn..
    sy x tau la keberkesanannya mcm mn..cubalah :)

  6. Anonymous Says:
    1:15 PM

    w'salam, thanks a lot asma..ye mmg quite expensive tuition fee TIISAS tu, tp modul dia yg dia briefing tu nampak best,sy minta tgk kat dlm sekolah dia ckp regulationnya tak blh sehingga kita bayar booking rm200, dan kemudian akan dijemput utk open day mrk pada dec ni. haiiii msh lambat lagi tu, nnt sekolah lain pn dah tutup utk registration. oh ye, asma tau tak ttg little caliph yg dkt sri gombak tu jg, ada tak kawan2 ke yg pernah hantar ke situ? sy dah pergi jg ke little caliph tu, tp kalau ada testimony dari parents yg pernah hantar ke situ lagi best kan..tq :)

  7. Asma says:
    1:47 PM

    asmawati,
    maaf,sy x kenal siapa2 pun yg hntar anaknya ke little caliph tu..

  8. Anonymous Says:
    10:11 PM

    salam, nak tanya anak saudari di hantar ke al ansar ok ke perkembangannya... bagaimana kemamapuan anak saudari membaca dan menulis...