Assalamu'alaikum
Debaran temuduga dah lama berlalu. Kini, menantikan keputusannya. Aku memang masih berharap supaya lulus kali ini, sekurang-kurangnya dapat calon simpanan pun merupakan satu rahmat. Apapun, aku serahkan kepada Allah, kerana hanya Dia yang tau apa yang terbaik buat diriku. Minta padanya bukan dapat jawatan F41, tapi minta supaya berikan yang terbaik buat diriku..dan jauhkan apa yg buruk buat diriku..aminnn..
Semalam 'Umair jaga pukul 4 pagi, mintak nasi..huhu. Kepala tengah sakit pulak ntah kenapa. Banyak sangat menjahit kot sebelum tidur tu.. Semalam dari jam 9:30 mlm aku strugglememotong dan menjahit felt. Siap pun satu HP Case dan dapat potong huruf-huruf dan Hello Kitty untuk hairpin dan headband, alhamdulillah.
Letak gambar kasik ceria skit..hehe
Bahagia 'Umair dapat susukan kambing to'ki..
Husna ceria di hari raya memakai headband Ummi jahit..cun x?ehehehe..
4:24 PM
alalaalala... geramnya anak kambing tu...
husna pun tak kurang comelnya...
4:06 PM
aslam ukhti ^^,