Assalamu'alaikum
Pagi tadi menggilak jammed nya kat simpang Diamond Square tuh. Kereta dari Jalan Gombak nak masuk ke Diamond Square berebut-rebut dengan kereta yang nak keluar dari Diamond Square ke Jalan Gombak menghala ke Gombak. Para kereta yang dari Gombak nak ke KL pun tak nak kalah.. menyerbu jugak.. lalu stuck la semua kereta kat simpang 3 tuh. Suami aku yang bermotor pun x boleh nak pergi mana. Ada la space skit moto boleh muat, tapi takde pulak suami aku nak masuk ke situ.. dibiarkan kereta lalu dulu.. kalau tidak sampai kesudah tak berhenti bunyi hon yang membingitkan telinga tuh.. nasib baik bukan aku yang merider.. pembonceng sahaja. Boleh menangis aku kat situ tak tau nak mencelah tang mana.. huhu.
itulah akibatnya bila tak nak ikut peraturan betul². Aku tengok lampu isyarat kat situ tak ada siapa pun yang endahkan. Ye lah, bila merah.. masih ada kereta di tengah² jalan. Kereta dari simpang tak boleh nak keluar sebab ada kereta menghalang laluan, maka ada space sikit je mencicit diorang masuk. Kalau tak, tak bergerak la walau seinci. Macammana nak mintak polis trafik berkawal kat situ eh? Aku takpe.. pembonceng sahaja.. lagipun motor insyaAllah boleh mencelah-celah.. kesian kat pemandu kereta je la. Tumpang simpati kat depa.. Tetiba tadi aku rasa nak turun jadi polis trafik jap.. hahaha. Angan² terlampau tuh...hehe.. Tapi memang seronok tengok pakcik², abang² dan adik² (dah tua kn..uhuk..) polisi tu mengawal trafik. Tabik hormat kt depa.. eheh.. Kat tengah bandaraya KL ni memang mereka diperlukan, lebih² lagi time waktu puncak. Kalau tak jenuh la ada kenderaan yang tak dapat berjalan langsung nanti.
p/s: Awal tahun ni org network PMB ala-ala tensen la. Banyak complain mengadu line x OK. Apa yang aku dengar bukan line yang x OK, tapi application yang problem? Application apa tu? Syhhh...kita-kita je tau sudah le..heh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Nak jadi Polis Trafik"
Post a Comment