Minta pandangan/pendapat

Assalamu'alaikum

Pagi tadi sambil menggosok baju sempat la sembang-sembang dengan suami. Aku ada la cakap rasa nak berhenti kerja je lepas bersalin nanti. Tak sampai hati nak bagi orang jagakan anak yang baru 2 bulan. Seperti yang diduga memang suamiku menyokong. Memang ikutkan hatinya dan hatiku jugak..nak jaga anak sendiri (walau tak la sebagus mana jagaannya..huhu). At least puas hati, tak payah nak risau-risau sebab ambil lambat ke..anak-anak pun insyaAllah takde la merajuk sebab asyik ditinggalkan..dan takde la meraung bila hari Isnin sebab weekend dah seronok dengan ummi dan abi, kena juga ditinggalkan bila masuk weekdays..

Suami pun kata tak dapat bayangkan anak baru 2 bulan dah nak bagi orang jaga. 'Umair dulu pun 10 bulan baru aku hantar ke rumah pengasuh. Masa tu pun dia dah tak menyusu badan. Sebelum tu 4-5 jam je la minta orang tolong jagakan sekali sekala bila menghadiri interview kerja.

Masalah sekarang ialah duit..huwa..huwaa..kalau berhenti kerja, maka kurang lah income. Makan, pakai insyaAllah cukup dengan gaji suamiku seorang. Tapi kalau aku berhenti kerja, nampak gaya stop dululah bayar hutang PTPTN. Tapi aku tak berniat nak jadi suri rumah selamanya. Sambil-sambil tu tetap cuba nak masuk gomen. Kalau ada rezeki dapat masuk gomen, insyaAllah next baby boleh mintak cuti tanpa gaji 2-3 bulan. At least besar sikit anak sebelum bagi orang jagakan.

Macammana nak generate income dari rumah ye? Nak berbisnes makanan ni memang aku x sempat nak memasak. Masak untuk lunch/dinner pun belum tentu sempat. Ni pulak nak berjualan. Lagi-lagi nanti bila dah anak dua. 'Umair pulak belum reti nak duduk diam. Nak join aje segala benda yang aku buat.

Kalau kawan-kawan ada cadangan/pendapat sila la maklumkan ye. Dilemma ni nak berhenti ke tidak..huhu. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.. ameen...

Wallahu'alam

13 Response to "Minta pandangan/pendapat"

  1. Anonymous Says:
    12:59 PM

    kalau nk benti kena simpan duit at least 6 bln gaji baru benti in case of emergency.kalau boleh mintak cuti tnp gaji kat tmpt keja skang lg bagus, so xpyh benti. lg pon skang ni zaman kemelesetan ekonomi.

  2. Asma says:
    1:38 PM

    betul..betul..TQ

  3. Anonymous Says:
    3:43 PM

    salam.
    ni kak nahwan. dah bc masalah awak. boleh je nak keje kat umah, cthnya buat bisnes. sila bukak website neh.

    www.laureacollection.com

    n sila contact num neh:
    017 9132689

    sebenarnya ni kawan akak nye akak punye bisnes. kalu ada masa, tgk2lah ye. harap membantu.

  4. Waqaf Ilmu says:
    11:33 PM

    Hmm... bila due tu?

    Apa kata sebelum bersalin ni, cuba dulu business internet yg awak mahu buat. Kalau berjaya, lepas bersalin boleh terus berhenti. Mana tahu rezeki anak... :)

    Dah ada idea nak buat apa? Berniaga, kalau buat BERSUNGGUH2 dan kena caranya..... insyaAllah 9X lebih baik dari makan gaji.

    Jangan Fikir banyak: Nak Berenti Kerja @ tidak, nak berenti kerja @ tidak. Tapi banyakkan Fikir: Kalau aku berenti kerja apa yang aku perlu @ boleh buat. Senaraikan 1 per 1 dan MULAKAN Sekarang, sebelum awak berhenti kerja lagi.

    Don't Think... Do... Yakin pada diri sendiri dan yakin pada Allah. Minta pertolongan dan bantuan hanya dariNYA.


    p/s: Saya sokong sapa yg nak berdikari. :)

    Cikman:
    http://azman-aziz.blogspot.com

  5. Zampeada says:
    10:46 AM

    dunno lah... tapi keutamaan ko apa...? duit ke anak? sentiasa ada jalan utk segalanya. carilah amah sedara mara ke... ok gak. n keje balik lepas pantang. jgn lah cari amah, indon kan... kes la pulak.

  6. Asma says:
    11:32 AM

    k.nahwan:thanks, sy akn msk tgk.

    en man:TQ..dh start pk ni..tp pk pun mcm x pndai..huh..lg 1..xde rezki, br keguguran.tp lg semangat nk keje sndiri,cuma masih mencari kaedah dan peluang.

    zampeada:anak dan duit dua-dua utama. nak tanggnung anak pakai duit. bak kata-kata 'duit bukan segalanya tp segalanya [erlukan duit'..uh

  7. Waqaf Ilmu says:
    9:40 PM

    Business ni Mudah aje... Nak saya ajar?

    Start dengan 1 benda dulu. Katakan awak minat Beg Tangan.

    #1. Beli Satu dengan tujuan untuk berniaga. kalau tak laku bleh guna.. hehehee... Selagi tak laku yg ni jangan beli stok lain.

    #2. Ambil gambar. Posing bior le cantek siket. Lighting, shadow, focus kena betul. Biar org tengok tertarik. Macam Burger McD, tengok gambor.. besor kemain. menarik.

    #3. Karang siket pasal Beg tu. Kenapa awak tertarik dgn beg tu. Mungkin point tu bleh menarik org lain utk membelinya.

    #4. Ceritakan kelebihan beg tu. Awk kan pandai bercerita.

    #5 Binalah web site. Dgn gambor & karangan tadi.

    #6. Website ni perlu dipromosikan. Tarik seberapa ramai pengunjung ke Website awak. Banyak kaedah spt email, milinglist, forum, sigfile, newsletter dsb. Banyakkan membaca. Gunakan Internet sepenuhnya.

    #7. Yakinlah... dlm ramai2 yg mengunjungi pasti ada yg nak beli.

    #8. Kalau tak laku jugak Paksa Yuhanis beli.. hehehe..



    Paling tidak buat macam yuhanis.

  8. Asma says:
    8:48 AM

    terima kasih byk² ye CikMan. akan mencuba.byk brg² katalog yg menarik,sy rs jual blh laku.tp nk untung kena jd ahli la.klo x kena up kn pulak harga,riso cust. xmo beli plk.sy dh mula listkn produk n kaedah pemasaran ni.tgg gaji insyaAllah blh start.duit simpanan kn xleh usik..heh tekad nk meniaga ni.harap hangat selamanya,xmo hangat2 tahi ayam..ngeh

    semoga Allah memberi petunjuk dan mempermudahkan segalanya..ameen..

  9. Anonymous Says:
    4:27 PM

    ye betulll plg tidak wat mcm saya.

    -Memula saya dapatkan brg (10 helai je)
    -amik gbr baju2 dan upload kt facebook n blog
    -bw p opis (mula2 org xnak pon walaupon regenye murah dr kt JLN TAR-ada la sorg je beli)
    -x putus asa
    -baju yg xde org bl tu tukar dgn bj corak lain plak
    -bw p opis lagi(kali ni ada peningkatan pembeli--maybe lps rs rege ni xleh dpt kat luar..mmg murah, brgnye sama je)
    -ada lebih baju yg x laku...pi tukar dgn yg lain lagi dan ulg balik aje proses tu...
    -Mula2 mmg le susah nk dpat org beli online, insyaallah kalau kena gaya mcm cikman nye tips tu..x mng tgn nanti
    -kejap lagi nk g carik baju yg customer order...harap2 ada rezeki.

    good luck semah!

  10. Waqaf Ilmu says:
    10:17 AM

    Ada citer Ogawa buat promosi di Sekolah2 kat Kelantan.

    (Masa tu saya buat marketing kat sekolah - sekolah jg, sembang ngan dorang. Dapat jugak rasa kerusi urut Ogawa ... ilang lenguh2 betis. hehehe)

    Diorang citer:
    Diorang minta nak letakkan kerusi urut dan produk2 urut mereka kat bilik guru selama 3 hari, ada salesman dorg jaga. Pengetua pun benarkan.

    Memula, Hari pertama cikgu- cikgu jeling je.. takut kot. Atau fikir tak mampu nak beli.. maklmle.. RM6K sebijik.

    Hari kedua, adalah cikgu yg nakal sikit cuba- cuba duduk. Bila dia test, habis dia ajak cikgu- cikgu yg lain try. Tapi sales tadak lagi.... cikgu dah ramai try.

    Hari last.... ada lah sorang cikgu beli, siap boleh ansuran, siap ada free gift lagi. Bila dah tersebar sorang ni beli, jadi jurucakap syarikat la pulak cikgu ni.. kena interview.

    Last, ramai cikgu suruh datang lagi esok. + sehari lagi.. Hari ke4 tu la banyak dapat close sales.

    #Tips:

    #1: Orang kita banyak suka tunggu dan lihat.

    #2: Mula- mula dorang takut, sebab takde pengalaman dan pengetahuan.

    #3: Testimoni tu penting. Biar org yg dah beli @ try yg cerita. Dorg lebih percaya.

    #4: Create satu perkara supaya benda ni bleh tersebar mulut ke mulut. (Kena kreatif).

    #5: Berniaga kena SABAR. ikut sunnatullah, bermula dari 1, jadi 2, 3, 4 .... customer. Pastu awak akan jumpa konsep compaunding, konsep leverage dlm bis. Tak menang tangan la awak.

    #6: Kat sini baru awk tahu 9/10 punca rezeki datang dari berniaga. 10/10 rezeki semuanya dari ALLAH.

  11. Asma says:
    11:23 AM

    terima kasih byk2 kpd cikman dan semua yg byk bg tips. saya sdg usaha ni.pelan-pelan sbb kena membahagi masa.insyaAllah usaha berterusan :). sila teruskan berkongsi tips.

  12. Anonymous Says:
    11:32 PM

    Sholat Isytiharah dulu apa yg terbaik.. tp kita sbg ibu mmg la kan, klu boleh nk tengok anak membesar depan mata, apa kata join bisnes ni.. Daftar FREE je.

    http://www.bio-asli.com/?id=sam73

    e-mail I: missmirror@yahoo.com

  13. Anonymous Says:
    11:34 PM

    sorry email I :

    missmirror@ymail.com