Belum biasa


Assalamu'alaikum

Baru nak masuk minggu kedua aku masuk semula bekerja. Dulu, 'Umair dah 10 bulan baru bekerjaya. Masa tu pun dia dah tak menyusu badan. Kiranya kali ni macam-macam pengalaman baru diperoleh. Macam-macam perkara baru perlu dipelajari. Kepala pun boleh kata hari-hari pening..hehe. Ntah kenapa, lepas bersalin ni asyik pening kepala. Cukup tidur pun pening, tak cukup apatah lagi. Tidur tak berkualiti gamaknya walau tempoh masanya lama..ntah la.

Aku macam masih cuba membiasakan diri dengan hadirnya anak kecik ni. Dalam kesibukan bekerja, layan ragamnya, tangisnya. Banyak bezanya menjaga 'Umair berbanding Husna ni. 'Umair jarang menangis masa masih bayi. Dah besar baru suka nangis..haha. Husna ni kadang-kadang kalau dia dah berjaga, dia susah nk tidur balik, nak berdukung macam budak besar, nak dukung duduk..tak nak pangku-pangku, padahal leher belum kuat lagi. Cabaran mengasuh anak kedua..heh..sebab abangnya dah mudah nak jaga, so agaknya Husna ni kena la mencabar pulak kot.

Apa-apa pun, Ummi sayang Husna dan abg long. Kadang terbebel la kat abg long bila dia nak macam-macam time Ummi penat melayan Husna. Asyik la tanya Ummi sayang dia ke tak..sayang la nak..tp Ummi penat..huhu. Abi jarang ada kat rumah sebab sibuk belajar untuk peperiksaan bulan 4 nanti. Belajarlah..agar lulus cemerlang nanti.

Harap aku sentiasa tabah dalam mengasuh dan mendidik anak-anak. Bukan apa, bila dah penat ni cepat je nak marah. Susah betul nak control. Fuh..fuh..

OKlah, buat tatapan..sekeping je la dulu..ni je yang ada. Pakai kamera telefon. Bateri digicam dah tak power..

Husna


Salam Kembali

Assalamu'alaikum


Hari ni masuk hari ke3 aku masuk kerja semula. Seronoknya bercuti 2 bulan dan gajipun jalan..hehe. nak sambung cuti je hati ni tapi mengenangkan ada hutang besar yang perlu dibayar bulan-bulan..maka dilupan niat suci murniku itu..huhu.

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.35kg di hospital Selayang pada 21 Januari lalu, jam 12:12 AM. Cantik tak time nya?hehe.. Tak lama duduk dalam labour room, tak sampai setengah jam rasanya. Sebelum asar dah mula sakit pinggang segala, tapi macam tak syak pulak itu kesakitan untuk bersalin, sebab masa bersalinkan 'Umair dulu, tandanya lain. So, buat tak tau sampai la dah pukul 9:30mlm, tergerak hati nak call kakak..maka kakak telah mengarahkan agar segera ke hospital. Tok tek tok tek (tak tahu la bahasa apa ni..hehe) sampai la ke hospital dekat pukul 11mlm (+-15minit je jarak hospital dari rumah). Terus masuk bilik check up, bukaan dah pun 7cm. Makanya bila graf jantung baby stabil, baru nurse tolak masuk labour room. Tak sampai setengah jam, alhamdulillah selamat. Banyak kisah kelam-kabut dalam labour room tu, tapi tak payah taip kt sini la. Ramai (?) baca nanti..eheh.

Anak ke2 ni namanya HUSNA. Jenuh memilih nama sampai kena denda lewat mendaftar. Gambarnya nanti la..digicam ada, tapi baterinya dah kong. Kena beli bateri GP jugak gayanya ni..

OKlah, back to work la..office hour ni..eheh.

wassalam.