Assalamu'alaikum
Pagi tadi sambil menggosok baju sempat la sembang-sembang dengan suami. Aku ada la cakap rasa nak berhenti kerja je lepas bersalin nanti. Tak sampai hati nak bagi orang jagakan anak yang baru 2 bulan. Seperti yang diduga memang suamiku menyokong. Memang ikutkan hatinya dan hatiku jugak..nak jaga anak sendiri (walau tak la sebagus mana jagaannya..huhu). At least puas hati, tak payah nak risau-risau sebab ambil lambat ke..anak-anak pun insyaAllah takde la merajuk sebab asyik ditinggalkan..dan takde la meraung bila hari Isnin sebab weekend dah seronok dengan ummi dan abi, kena juga ditinggalkan bila masuk weekdays..
Suami pun kata tak dapat bayangkan anak baru 2 bulan dah nak bagi orang jaga. 'Umair dulu pun 10 bulan baru aku hantar ke rumah pengasuh. Masa tu pun dia dah tak menyusu badan. Sebelum tu 4-5 jam je la minta orang tolong jagakan sekali sekala bila menghadiri interview kerja.
Masalah sekarang ialah duit..huwa..huwaa..kalau berhenti kerja, maka kurang lah income. Makan, pakai insyaAllah cukup dengan gaji suamiku seorang. Tapi kalau aku berhenti kerja, nampak gaya stop dululah bayar hutang PTPTN. Tapi aku tak berniat nak jadi suri rumah selamanya. Sambil-sambil tu tetap cuba nak masuk gomen. Kalau ada rezeki dapat masuk gomen, insyaAllah next baby boleh mintak cuti tanpa gaji 2-3 bulan. At least besar sikit anak sebelum bagi orang jagakan.
Macammana nak generate income dari rumah ye? Nak berbisnes makanan ni memang aku x sempat nak memasak. Masak untuk lunch/dinner pun belum tentu sempat. Ni pulak nak berjualan. Lagi-lagi nanti bila dah anak dua. 'Umair pulak belum reti nak duduk diam. Nak join aje segala benda yang aku buat.
Kalau kawan-kawan ada cadangan/pendapat sila la maklumkan ye. Dilemma ni nak berhenti ke tidak..huhu. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.. ameen...
Wallahu'alam
