salam.
ntah betul ke tidak ejaan LEN SENG tu..ala..bas merah putih yang ala-ala ketinggalan zaman tuh..hehe. Tadi aku naik bas Len Seng nak ke tempat kerja. Suami ada hal kerja di Putrajaya, jadi aku mintak diahantar ke perhentian depan stesen minyak BH Petrol Jalan Pahang je. Naik bas lagi best daripada naik LRT..kuikui..
Bas Len Seng, walaupun dah ketinggalan zaman - dgn tingkap yg nak tutup buka kena naik dan turunkan cermin dengan kudrat wanita ku yg tak seberapa nak gagah ni, bunyi enjin yang berderum-derum kuatnya, tempat duduk rangka besi dan lain-lain memang mengimbau memori silam betul..kekeke. OK je naik. teruja pun ada tadi. Yang tak best nya sebab silap da..tak lalu dataran merdeka, Agro Bank. Hentian terakhir bas Len Seng adalah Masjid Jamek, melalui Jalan Ampang. Tadi baru aku tau, oo..ini Jalan Ampang rupanya..dasat toi..dah selalu lalu tapi baru tau..hahaha
Sebelum ni dari Sri Gombak, dah 2x aku dapat naik bas RapidKL yang disediakan khas untuk wanita. Tapi 2x naik tu, drivernya lelaki. Jenuh kena bagitau penumpang lelaki yang tetap nak naik - yang masih belum faham/maklum tentang adanya bas khas untuk wanita sahaja. Bagus adanya kemudahan ni, tapi sebaiknya awalkan sikit waktu perjalanan bas. 2x aku naik tu bukan waktu puncak, bas tak sesak pun.
Setakat ini dulu cerita bas. Banyak betul kerja minggu ni..tada..
Nak cuci mata dan menambah koleksi yang comel silalah melawat Asma Craft Corner..ecece..
Wassalam.
1 Comment