Bawak kapal terbang

salam..

lamanya tak update ye..xde sapa kisah pun..hehe
semalam bercakap dgn 'Umair tentang cita²..hehe

'Umair: Ummi, cita-cita ummi apa?
Ummi: Emm..ummi nak jadi ibu mithali..
'Umair: Itu bukan cita-cita la..
Ummi: Oklah..ummi nak jd boss..
'Umair: Boleh ke macam tu..(sambil tersengih²)
Ummi: Cita-cita 'Umair apa?
'Umair: 'Umair nak jadi bawak kapal terbang..kapal terbang polis..
Ummi: Itu namanya juruterbang. Kalau cikgu tanya cita-cita apa, cakap nak jadi juruterbang..
'Umair: Ooo..kalau nak bawak helikopter namanya juruelikopter ye?
Ummi: Eh, sama je..bawak kapal terbang ke, helikopter ke..juruterbang jugak namanya..

hehe..semoga berjaya anakku. Doa ummi sentiasa mengiringimu..
Husna dah pengsan masa ni, kalau tak mesti dia pun menyampuk sama..

Letih

Salam.


astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim

istighfar banyak2..

aku sangat penat otak..
badan yang sedia penat, jadi double penat..

Ya Allah, kuatkan dan sihatkan tubuh badanku..minta Kau permudahkan segala urusanku..

ameen..Ya Rabbal alamin..

*blurr nak siapkn tugasan ni..

Hani di TV3


Salam.

Lama tak menaip di sini. Terpanggil untuk promote drama Hani di TV3. Setiap Selasa jam 9 malam. Semalam episod ke berapa..lupa sudah..hehe. Aku ada jugak miss tengok 2-3kali. Setiap kali tengok mesti sebak, air mata bergenang..klo byk genangnya meleleh la..kuikui..heh. Lebih² lagi lepas Ummu Hani dah buta ni..huhu. Scene yang membuatkan aku terasa begitu sebak semalam bila budak cacat penglihatan tu cakap "Mak saya cakap, Allah lebih sayangkan orang macam kita ni.." bila Ummu Hani tanya tak sedih ke jadi buta.. lebih kurang la dialognya..huhu

Untuk tau lebih lanjut bagi sesiapa belum pernah tengok, boleh masuk blog penulis skrip ni http://zabidiskrip.blogspot.com Episod awal² aku mungkin tak berapa minat nak tengok..tp kena la tengok klo nak tau jalan cerita..hehe.

Sebab drama ni..baru nak bekenan dengan Nur Fathia, mungkin sebab watak Ummu Hani yang dia bawa tu. Tapi baru² ni ternampak iklan Majalah Hai kot dalam suratkhabar. Seksi pulak makcik tu dgn Ju Evans..hilang berkenan cek..uh.

Tak dapat apa-apa ke pegang watak Ummu Hani yang best tu? Hidayah..Allah yang beri kan..huhu. Kita kena mintak juga..


Aku sgt suka tengok gambar ni.. kredit to blog Ustaz Zabidi.

Ujrah 1% PTPTN

Salam


Dapat dah surat tawaran PTPTN untuk skim ujrah ni. Aku kena bayar melalui potongan gaji melalui LHDN, hampir RM350 sebulan..fuhhh.. aku mmg nak accept..drp bg bes² 3% kat depa kan. Cumanya mampu ke RM350 tu..huhu

Ya Allah, tunjukkan jalan kepada hamba-Mu ini..

ameen ya Rabbal alamin..

PASTI

assalamu'alaikum

Alhamdulillah, selamat hantar 'Umair ke PASTI al-Ansar Sri Gombak.



1st day meraung bila ditinggalkan.
2nd day mcm nak nangis. Masa nak tinggalkan dia, dia paut tangan n panggil.."Ummi..Ummi..". Cakap-cakap skit then hug n kisses..hehe..then tinggalkan dia..kelihatan OK je.
3rd day dan seterusnya alhamdulillah nampak seronok je..
gambar ambil pagi tadi depan pintu rumah..hehe

Rasa best lah hantar anak p sekolah..hehe

Bas Len Seng

salam.


ntah betul ke tidak ejaan LEN SENG tu..ala..bas merah putih yang ala-ala ketinggalan zaman tuh..hehe. Tadi aku naik bas Len Seng nak ke tempat kerja. Suami ada hal kerja di Putrajaya, jadi aku mintak diahantar ke perhentian depan stesen minyak BH Petrol Jalan Pahang je. Naik bas lagi best daripada naik LRT..kuikui..

Bas Len Seng, walaupun dah ketinggalan zaman - dgn tingkap yg nak tutup buka kena naik dan turunkan cermin dengan kudrat wanita ku yg tak seberapa nak gagah ni, bunyi enjin yang berderum-derum kuatnya, tempat duduk rangka besi dan lain-lain memang mengimbau memori silam betul..kekeke. OK je naik. teruja pun ada tadi. Yang tak best nya sebab silap da..tak lalu dataran merdeka, Agro Bank. Hentian terakhir bas Len Seng adalah Masjid Jamek, melalui Jalan Ampang. Tadi baru aku tau, oo..ini Jalan Ampang rupanya..dasat toi..dah selalu lalu tapi baru tau..hahaha

Sebelum ni dari Sri Gombak, dah 2x aku dapat naik bas RapidKL yang disediakan khas untuk wanita. Tapi 2x naik tu, drivernya lelaki. Jenuh kena bagitau penumpang lelaki yang tetap nak naik - yang masih belum faham/maklum tentang adanya bas khas untuk wanita sahaja. Bagus adanya kemudahan ni, tapi sebaiknya awalkan sikit waktu perjalanan bas. 2x aku naik tu bukan waktu puncak, bas tak sesak pun.

Setakat ini dulu cerita bas. Banyak betul kerja minggu ni..tada..

Nak cuci mata dan menambah koleksi yang comel silalah melawat Asma Craft Corner..ecece..

Wassalam.

Tadika 'Umair

Assalamu'alaikum


Semalam cuti, jaga Husna yang sakit mata. Ambilah kesempatan survey tadika untuk 'Umair. Mula-mula ke Tadika Khalifah Ilmu. Prinsipal takde, makanya penjaga situ bagi pamphlet dan contact no. je. 'Umair beria-ria sangat nak masuk tadika tu..nak tadika rama-rama katanya. Kemudian, kami pergi ke pejabat Sekolah Saidina Abu Bakar pulak. Petugas di situ telah explain kaedah pembelajaran serta silibus dengan cemerlangnya. Tertarik hati ini mendengarnya. Rasa nak sangat-sangat hantar 'Umair masuk tadika Saidina Abu Bakar tu..uhu..

Tapi..kosnya ntah mampu ke tidak. Mula masuk yuran RM1,450 termasuk yuran bagi bulan Januari dan November. Start Februari, baru bayar RM200 tiap-tiap bulan.. Masih berfikir-fikir mana nak korek duit ni. Lepas dah cukup duit (harap ada la rezki 'Umair), baru fikir macammana nak pujuk dia ke tadika tu..

Mampukah kami?? hmm..