Selipar disorok orang

"Ummi..nak balik rumah tok yang ada padang..rumah to'ki yang ada ikan kan dah balik..balik rumah tok yang ada padang la pulak.. 'Umair rindu kat tok..rindu pak cik..kat pak su Yap.."


Itulah yang ditutur 'Umair bila dimaklumkan kami sekeluarga akan pulang ke Temerloh untuk menghadiri kenduri biras ku di Jengka 18. 'Umair ok je, asal dapat naik kereta dengan Abi dan Ummi..tak lupa adik yang disayanginya..cukup lah..cuma dia selalu sebut nak balik rumah tok yang ada padang (Teluk Intan) sebab sebelum ni kami dah pun pulang ke Temerloh. Dia rasa tak balance kot..hehe.

Kerap kali juga kami balik hari sahaja ke Temerloh. Mungkin kerana perjalanan cuma mengambil masa sekitar 2 jam sahaja (selalu meter kereta maintain 80-90km/jam je). Manakala perjalanan ke Teluk Intan mesti tak kurang daripada 3 jam..lenguh dok dalam kereta lama-lama... InsyaAllah hujung minggu ni balik rumah tok yang ada padang pulak ye sayang..

Sabtu lepas 'Umair ikut Abi p surau depan rumah. Maghrib pergi, sebelah selipar spiderman nya hilang. Balik lah berdukung. Isya' pergi lagi. Awalnya dia suruh Abi dukung je..tapi Ummi nyampuk

ummi: pakai je la selipar oren tu..tak kan hilang 2x pulak. Nanti orang kat surau gelakkan 'Umair pulak sbb suruh Abi dukung..ha..
'Umair: ala..kalau orang surau gelak..'Umair pun gelaklah jugak..
abi: ha..betul jugak tu..hehe
ummi: ha iyelah..

tapi 'Umair pakai juga selipar oren berjalan kaki ke surau yang betul-betul depan rumah tu. Tapi malang tak berbau..sekali lagi sebelah seliparnya hilang. Ni dah sah kes khianat ni..siapa la nak mengenakan anakku yang baik hati itu..x laik..huh..Nasib dalam bilik air ada selipar Spongebob, makanya pulang ke kampung pakai selipar bilik air la..

Semalam, baru jumpa selipar oren 'Umair. Sorang jemaah surau terjumpa dalam salur air. Selipar Spiderman je belum jumpa lagi. Ada rezki, jumpa la ye sayang. Tapi Ummi dah pun belikan selipar Spiderman untuk sayang..hajat di hati nk beli Ben10, tp x bekenan pulak ala-ala selipar Jepun tu..kira OKlah Spiderman ni ye..hehe..

2 Response to "Selipar disorok orang"

  1. Zampeada says:
    6:50 PM

    ada org tersepak kot... kesian 'umair...

  2. Asma says:
    9:23 AM

    terr mungkin tidak la kot. 2x pulak tu..terror sungguh la org yg sepak tu sampai leh masuk dlm salur air..huhu.. Org surau siap tlg keliling surau carikan bila kali ke2 hilang tu..x jumpa pun.. Xpala..agaknya 'Umair mmg ptt dpt selipar baru..hehe