Belum lulus lagi..

Assalamu'alaikum

Kecewa, sedih, sebak tak terkata bila aku cek result interview tengahari tadi. huwaa..masih belum mampu berjaya lagi diriku ini..huhu.. Tak tau le kenapa kali ni rasa kecewa sangat-sangat..mungkin sebab menaruh harapan yang sangat tinggi kot. 2x tak lepas sebelum ni, aku tidaklah sekecewa hari ini..tapi kali nih..uhu..

Alhamdulillah, tiba-tiba aku tersedar yang semestinya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat diriku. Mungkin aku tak sesuai menjawat jawatan Pegawai lagi.. atau ilmu yang aku ada sekarang masih belum cukup untuk aku memegang title 'Pegawai'. Atau kalau aku jadi Pegawai, nanti tereksen kat saudara mara ke..atau nanti aku boros dengan gaji yang agak banyak tu ke..atau..hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya bersangka baiklah dengan Allah.

InsyaAllah, walau diri ini sedih dengan kegagalan ini, aku tidak akan berputus asa mencuba, berusaha sehingga berjaya. Doakan aku ya sahabat.

"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Mu dan sentiasa redha dengan ketentuan-Mu." aminn...

'Umair kembali ceria


Vroomm..vroomm..


Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, 'Umair dah sihat sepenuhnya. Tanda-tandanya bila dia dah kembali rajin meniru setiap patah perkataan bila tgk rancangan TV yang digemari atau iklan-iklan yang melibatkan kanak-kanak dan bayi..hehe. Siap buat aksi yang serupa dgn apa yg ditontoni. Bersembang dgn Ummi n Abi pun kembali rancak..sonok melayan. Yang paling ketara, 'Umair dah boleh dah sikit sebut 1-1 perkataan tuh..sedap didengar wlopun ada yang lari bunyiknya..hehe.. Teruskan usaha anakku.. Berbanding dulu..dia dpt ikut suku kata terakhir je..eheh.. Ganbatte!!

As usual, lps kebah je demam mesti ada perkara baru yg terjadi..heh. Dia dah semakin rajin makan skang ni. Seronok rasa. Nak pulak bersuap..x mcm dulu..nk makan nasik mesti nk suap sndiri. Bila dia yg suap sndiri..berapa butir je la yg dpt mkn. Selebihnya buat ramas²..pastu sapu kt kepala..uhuh..alhamdulillah, makin berselera anak teruna sorang tuh..

Khamis minggu lepas kot..saje try buat Puding Kurma. Ambil resepi kt Internet..lupa sourcenya tp uh..uh..manis melecaih aih. tu pun aku dah kurang kan 1 cawan gula daripada sukatan sebenar. Kurma tu kena potong bunga..x tau cmne nk potong..sukati aku dgn 'Umair je..eheh. 'Umair mmg xleh tgk aku sorang-sorang wat keje dapur..ringan tulang budak tu..mesti nak tlg. Aku potong kurma, dia nk join. Bagila pisau kupas kulit kt dia. Hancur lebur buah kurma tuh dibuatnya. Aku pukul telur..dia pun nk pukul..bg la..pastu nak bg dia leka, aku soh dia cedok kurma yg dah siap kukus masuk dalam loyang..habis citer. Tgh dia leka tu la aku masak agar-agar..klo x, mesti kena dukung dia sbb dia pun nk tgk apa atas dapur tu..uhu..


Puding kurma yang sangat manis

Sakgi jam 11pg-4ptg Pos buat jamuan hari raya. Alhamdulillah..jimat la blanje lunch harini...

Mintak maap..laaama x letak tazkirah kt sini. Macam xde bahan plk nk dikongsi..uhu.. InsyaAllah akan usaha mencari.

Wassalam.

Ar Look-alike Meter

MyHeritage: Look-alike Meter - Tracing family tree - Descendents

'Umair kurang sihat

Assalamu'laikum

Lewat petang semalam aku ambil 'Umair dari rumah pengasuhnya.. biasanya hubby yg ambil tp smlm abi blk lewat.. so ummi la g amek. Makcik yang dipanggil nenek oleh 'Umair memaklumkan bahawa sepanjang hari tu, segala benda yang 'Umair makan dimuntahkan. Kuih raya, nasi, susu. Ahernya nenek hanya memberi 'Umair minum air masak..hanya air masak sahaja yang tidak dimuntahkan kembali. Tetapi..dalam perjalanan pulang ke rumah yang mn aku memimpin anak bujangku berjalan..dia skali lagi teruwek-uwek..huhu..tp kuar air masak je la..Masa tu pulak lampu pejalan kaki melintas dah hijau..so aku dukung je dia..bersambungla muntah dia kt bahu aku plk.. sib baik air je.. xde la bau busok..

Sampai kt rmh seperti biasa dia akn p bukak peti ais mencari makanan. Aku offer kurma kt dia.."nanak"..offer kismis..pun "nanak"..pastu dia nmpk air nutrigen dia baki kelmarin, so dia amik dan minum smpai habis. Pastu plk jumpa air pepsi yang x brape bergas sbb dah bercampur air..lalu diminumnya juga. Hmm..nmpk cm OK..lega skit hati aku. Tp dgn tdk semena-mena.. uweekk lagi dia.. alahai.. siannya..huhu

Aku x tau le nk wat camne..kalo demam..selsema ke..batuk-batuk ke..kesian gk. Tapi at least leh jamah makanan..badan x de la lemah longlai. Pukul 4 pagi td dia start demam pulak. Pukul 5 terjaga mntk susu. Aku bagi sisa susu yg ada..x cukup n dia mntk lg. Aku p bancuh..sua dia minum sesedut je..pastu x mau..mintak diangkat dukung. Aku dukung n bawa ke dapur.. bancuhkan oat suku gelas. Dia x nak minum..geleng² paler sambil merengek.. tp aku sua gak..terus dia minum sungguh².. siannya.. mesti lapar sgt². Tapi x sampai 5 minit pastu muntah jugak..Banyak sgt angin rasanya. Pas aku basuh sisa-sia muntah kt mulut n badan dia.. terus dia meluru capai gelas oat td dan minum. Tak sedap mulut kot.. aku bg air masak plk..sikit je. Dia teguk habis n mintak lg..kesian tgk teguk air masak je.. aku bancuhkn milo.. tp dia tgk je terus geleng paler xmo. Aku sua ada la dia minum skit..nak air masak gk. Dia pun takut dia termuntah lagi kot. Siannya.... nk wat camne..... huhuuuuuuuu..

Malam tadi jam 9 dh bw pun dia g jumpa Dr. kat Klinik Kita Wangsa Maju. Dr. soh nurse masukkn ubat muntah ikut punggung. Dr. bagi jugak ubat muntah and ubat batuk. Tapi aku bg mlm td..buat dia muntah lagi je. Lagipun payah nk bg ubat.. kena paksa.. aku bg gk sikit. .n kuar blk jugak. Camne nk wat xtau la..dh bingung..

Pagi tadi g kerja dgn berat hati. Sib baik suami mmg cuti harini..so xpyh la aku amik EL. Lagipun cuti tggal 3 hari je smpai hujung tahun ni.. Tadi aku call hubby tanya keadaan 'Umair.. dia sakit perut pulak.. asik membuang je. Risau kena cacing pulak. Oleh itu aku bercadang nk bawa lagi dia ke klinik malam ni.

OKlah, tolong sama-sama doakan 'Umair permata hati kami tu segera sembuh.. Ceria kembali.. Ameen..

Sesudah Bercuti Raya

Assalamu'alaikum

Hari ni dah 8 Syawal..baru nk mengucapkan (menaip) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..mohon maaf zahir dan batin.

Today is my 'anak bujang' besday. 8 Oktober. Bulan Islamnya 15 Ramadhan yang lalu. Bulan penuh time melahirkan beliau. Seminggu bercuti..asik berkepit dgn Ummi dan Abi..semalam tinggalkan kt rumah pengasuh..meraung 'Umair. Kesian nengoknya..tp terpaksa biarkan aje pengasuhnya memujuk sbb berkejar nk ke opis. Tadi pagi x tau le camne sbb Abi hantar sorang, Ummi x ikut. Harap² OK-ok le..

Mood raya masih ada. Sangat malas nk berfikir tentang kerja. Tapi harini dh x boleh merileks..dah ada tugas menanti. Semalam lebih setengah hari dok saje sbb xde PC..proses pembersihan virus telah dijalankn ke atas PC ku semalam..antivirus sebelum ni boleh detect je..tp x berupaya nak clean mahupun mengkuarantinkn virus tersebut.

OKlah..xtau nk tulis apa. Banyak cerita cuma xde idea nak mengarang..mengantuk bangat pulak tu skang..OKlah..sampai ketemu lg..eceh..kalo larat tu, jangan lupa posa enam di bulan Syawal. Posa ganti klo ada jgn tangguh²..bukan pe..trend org skang ni..dh nk hmpir Ramadhan baru terkejo² nak gnti posa. Kot uzur time dekat² Ramadhan tahun depan..apa cerita tuh? kena bayar fidyah pulak..

babai..wassalam.